Nak masak apa hari ini?
Semangat Ramadan membawa makna yang mendalam, dan keharmonian Raya bermula dengan kasih sayang di dapur. Tahun ini, mari kita menghargai insan yang bersusah payah di dapur dan jadikan persiapan juadah raya lebih harmoni dan bermakna bersama keluarga. Lebih meriah lagi tahun ini, sambil kita memasak dan mencipta kenangan manis bersama, anda juga berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada kempen Raya MAGGI®.
Semangat setiap perayaan bermula dengan kasih sayang di dapur. Pada Tahun Baru Cina ini, hargai tukang masak yang menyatukan keluarga dengan resipi warisan, sambil rebut peluang memenangi hadiah istimewa daripada MAGGI®.
Kita sering terleka dan penuhi masa kita dengan hal-hal semasa serta kejaya. Namun, tanpa kita sedari momen masak bersama yang tersayang pun bermakna. Jadi apa kata kita cipta dan kongsi #MAGGIKita dengan mereka hari ini!
Memperkenalkan MAGGI® Mug, kini anda boleh nikmati mi kegemaran yang muat-muat je dalam ‘mug’ anda! Nikmatinya dalam 2 pilihan perisa kegemaran rakyat Malaysia, Kari atau Ayam. Hanya semudah Masuk, Tuang dan Makan!
Enhance the aroma and explore a flavourful variety of curry dishes today.
Satu soalan yang sering ditanya-tanya oleh para ibu dan ahli keluarga yang lain - nak masak apa hari ni? Makanan buatan sendiri adalah hidangan yang paling memuaskan setelah penat bekerja seharian, tetapi untuk sesetengah individu, memasak untuk diri sendiri dan keluarga adalah tugas yang memerlukan usaha mental, emosi dan fizikal.
Hidangan buatan sendiri mungkin nampak ringkas dan seperti tugas yang mudah tetapi ia sebenarnya memerlukan perancangan yang teliti. Berikut adalah perkara-perkara dan persoalan yang perlu dipertimbangkan: Apakah makanan yang mudah dihadam oleh orang tua? Makanan berkhasiat untuk anak yang sedang membesar? Makanan untuk ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan? Bagaimanakah anda hendak memuaskan cita rasa mereka serta memastikan hidangan anda sedap dan menarik? Ia adalah sesuatu yang perlu anda fikirkan. Oleh itu, ini adalah masa untuk resepi MAGGI® membantu anda MAGGI® membantu membuat hidangan anda digemari oleh ahli keluarga tidak kira usia - mudah dan menarik!
Bahan-bahan
Tidak mempunyai stok bahan dapur yang mencukupi? Jangan risau! Sama ada anda mempunyai peti ais yang berstok penuh atau tidak kerana anda tiada masa untuk membeli barang dapur, resepi MAGGI® ada penyelesaiannya. Dengan lebih 300 resepi untuk dipilih, ikuti cara-cara mudah untuk menyediakan hidangan yang lazat dengan hanya menggunakan bahan-bahan mudah. Nikmati hidangan makaroni goreng dengan daging cincang dan sayur untuk makan tengahari dalam masa kurang daripada 20 minit masa penyediaan atau hidangan nasi ayam claypot berkhasiat yang boleh menjamu seisi keluarga anda untuk makan malam. Usaha yang mudah tetapi hasil yang memuaskan - matlamat setiap chef rumah dan eksekutif C-suite.
Hidangan
Inginkan hidangan ringan untuk minum petang? Makanan seimbang untuk makan tengahari? Hidangan lazat untuk majlis makan malam? Resepi MAGGI® sedia membantu anda! Sama ada makan malam untuk 10 orang atau minum petang untuk 2 orang, anda boleh mendapatkan resepi sandwic tuna ataupun ayam bakar mengikut saiz hidangan yang anda inginkan di laman web kami. Makan ada satu keperluan, tetapi memasak adalah satu seni; setiap resepi dilabel dengan tahap kesukaran yang berbeza, jadi anda boleh menyediakan hidangan mengikut mood dan tenaga anda pada hari tersebut.
Pelbagai jenis makanan
Kembara dunia dengan resepi-resepi MAGGI® yang menampilkan pelbagai jenis masakan seperti lodeh indonesia, sup Szechuan yang pedas dan shakshuka Tunisia. Masakan dari budaya lain terbuka kepada kita untuk alami dunia perisa yang serba baharu. Puaskan selera anda dengan hidangan ‘fusion’ seperti burger nasi lemak, dan omelet ala padang atau sushi vegan - hidangan harian anda dipastikan sedap dan menarik!