Ketahui kepentingan nutrisi dan pemakanan yang sihat.
Piramid Makanan ini direka untuk panduan makan yang lebih sihat.
Ketahui jumlah zat yang diperlukan dalam setiap hidangan untuk kekal sihat.
Tahap & Kumpulan Piramid Makanan
Aras 1: Kumpulan 1
• Sayur-sayuran.
• Sumber serat, vitamin dan mineral yang
menyokong fungsi imun badan.
• Makan dengan banyak.
Aras 1: Kumpulan 2
• Buah-buahan.
• Sumber serat, vitamin dan mineral yang
menyokong fungsi imun badan.
• Makan dengan banyak.
Aras 2: Kumpulan 3
• Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi.
• Sumber utama karbohidrat yang memberikan
tenaga untuk aktiviti seharian.
• Makan secukupnya.
Aras 3: Kumpulan 4
• Susu dan produk tenusu
• Protein dan kalsium adalah penting dalam
memperbaiki tisu badan dan membina
tulang yang kuat.
• Makan dengan sederhana.
Aras 3: Kumpulan 5
• Ikan, ayam, daging, telur, dan kekacang.
• Sumber protein, yang digunakan untuk
membina dan penting dalam pembaikan
tisu badan.
• Makan dengan sederhana.
Aras 4
• Kawal pengambilan lemak, minyak, garam & gula.
• Pengambilan lemak, minyak, gula dan
garam berlebihan menyumbang kepada
risiko penyakit kronik lebih tinggi seperti
obesity, diabetes, penyakit kardiovaskular,
hipertensi dan kanser.
Suku Protein untuk TUMBESARAN (GROW)
Daging, ikan, telur, kekacang dan tauhu terus menjadikan kita kuat dan sihat.
Suku Karbohidrat untuk TENAGA (GO)
Nasi, mi, roti, produk bijirin dan bijirin penuh memberikan kita tenaga untuk bekerja dan bergerak.
Separuh Buah-buahan & Sayuran untuk BERSERI (GLOW)
Sayur-sayuran hijau berdaun dan buah-buahan kaya dengan serat seperti epal, oren, pisang dan betik melindungi tubuh daripada penyakit dan turut menjadikan hidangan menarik dilihat.
Protein (Saiz Tapak Tangan)
Ukur saiz protein anda berdasarkan saiz tapak tangan anda.
Karbohidrat (Saiz Genggaman)
Hidangan bersaiz penumbuk menentukan bahagian hidangan karbohidrat anda.
Buah-buahan & Sayur-sayuran (Saiz Secekup Tapak Tangan)
Taupkan sebelah tangan seperti mangkuk untuk menentukan saiz hidangan buah dan sayuran anda.
Juga Pastikan Untuk Menyemak...
GUIDELINE DAILY AMOUNTS (GDAs)
Guideline Daily Amounts (GDAs) adalah label yang menunjukkan jumlah kalori yang terdapat dalam hidangan.
1. Setiap hidangan mempunyai 309kcal,
hanya 15% daripada keperluan harian
dewasa
2. Individu dewasa secara puratanya
memerlukan 2000 kalori sehari.
LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT
Logo Pilihan Lebih Sihat memberikan maklumat kepada pengguna dalam membuat pilihan berkaitan pemakanan. Produk makanan dengan logo ini adalah disahkan memenuhi kriteria zat yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia. Logo ini turut:
• Membantu pengguna membuat pilihan pembelian
makanan dengan hanya menyemak label.
• Membantu pengguna mengenalpasti produk
makanan lebih sihat dalam kategori makanan yang
sama.
• Menyediakan persekitaran yang menyokong amalan
pemakanan sihat.
TUNTUTAN KANDUNGAN ZAT
Tuntutan kandungan zat bertujuan menerangkan tahap zat yang terkandung dalam makanan.
• Tinggi kandungan serat
• Tinggi kandungan protein
• Rendah lemak
• Rendah gula
• Rendah garam