Tak ramai tahu apakah yang menjadikan Mi MAGGI® cukup ikonik untuk Malaysia. Ikuti perkongsian Chef Sharifah tentang 12 rempah dan teknik penghasilan kari kegemaran kita.
Gabungan Rempah-ratus dari serata dunia dan hanya yang terbaik digunakan.
Resipi turun-temurun adunan unik rempah-ratus yang dihasilkan chef kami yang pakar dengan masakan Malaysia.
- Biji Ketumbar - Harum dengan sentuhan sitrus dan kaya dengan Vitamin C
- Jintan Putih - Mempunyai rasa seperti kacang berempah. Bagus untuk penghadaman.
- Kunyit - Beraroma dan digunakan sebagai ubat herba.
Kami mengikut cara penyediaan rempah seperti di rumah; dimasak hingga pecah minyak untuk menaikkan aroma dan rasa rempah-ratus dan cili.
Pes kari akan dibiarkan sejuk sebaik dimasak untuk dikeringkan secara sendiri tanpa perlu bahan pengawet tiruan.
Dibuat hanya dari gandum Australia terbaik, untuk menghasilkan mi berkualiti yang lazat di makan. Dari Dapur Kami, Ke Dapur Anda.
Gandum juga merupakan mi kami diperbuat daripada campuran gandum kasar Australia dan gandum putih premium Australia untuk tekstur dan kekenyalan mi yang diinginkan. Gandum merupakan sumber baik untuk protein yang diperlukan tubuh.
Bagi memastikan mi kami kekal, semua lembapan akan dinyahkan untuk segar sepanjang proses pembuatan, segala lembapan akan dihilangkan untuk mengelakkan mi rosak dan zat-zat dapat dikekalkan.
Kami memastikan hanya bahan bahan yang terbaik dan berkualiti tinggi digunakan serta kawalan kualiti yang cukup ketat.
..
Tiada lilin digunakan ke dalam proses pembuatan mi kami. Tepung mi kami diperbuat daripada 100% gandum Australia yang kemudiannya dikukus, digoreng, disejukkan dan dikeringkan. Langkah ini adalah faktor penting dalam mendapatkan tekstur mi yang baik dan jangka hayat yang stabil. Inilah juga yang menghalang helai mi daripada melekat antara satu sama lain.
Mi MAGGI® mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan makanan antarabangsa dan tempatan, jadi ia selamat untuk dimakan.
Kami mencadangkan anda menikmati mi mengikut keperluan pemakanan anda. Secara purata, semangkuk mi dengan bahan-bahan segar menyumbang 20% daripada keperluan kalori harian dewasa (2,000 kcal). Anda boleh merujuk kepada maklumat nutrisi pada bungkusan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kiraan kalori produk MAGGI® masing-masing.
Bagaimana kami menghasilkan mi kami sama seperti cara anda membuatnya di dapur anda, bezanya kami menghasilkannya dalam skala yang lebih besar.
Pertama sekali, kami mendapat gandum berkualiti yang dikisar segar dari Australia. Gandum kemudian diuli ke dalam adunan dan digulung ke dalam kepingan sebelum dipotong menjadi helai mi. Mi kemudiannya dikukus, digoreng, disejukkan dan dikeringkan untuk mengekalkan kesegarannya.
Perasa kari kami diperbuat daripada cili sebenar dan 12 rempah 'Gred A'. Ia kemudiannya dimasak perlahan-lahan sehingga 'pecah minyak' untuk membangkitkan rasa dan aroma cili dan rempah ratus yang menghasilkan perasa kari
Ya. Mi kami diperbuat daripada gandum dari Australia, dan merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik, iaitu 2 nutrien makro penting. Perasa kami juga dibuat menggunakan rempah-ratus yang dipilih dengan teliti. Selain itu, kami menggalakkan anda untuk menambah sayur-sayuran segar dan protein ke dalam mi MAGGI® anda untuk meningkatkan lagi nilai pemakanan sajian.
Kami juga adalah satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan mi dengan kebaikan bijiran oat yang merupakan sumber serat yang baik - MAGGI® OatMee. Cubalah sekarang dan beritahu kami pendapat anda!
Tiada makanan tunggal yang memberikan tubuh anda semua nutrien yang diperlukan. Anda disyorkan untuk makan pelbagai makanan secara sederhana dan bijak untuk mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.
Di MAGGI®, kami menggunakan MSG dalam kuantiti yang kecil dalam perasa kami untuk meningkatkan kelazatan mi kegemaran anda. MSG atau Monosodium Glutamat adalah penambah perisa yang dibenarkan oleh peraturan makanan tempatan. Glutamat didapati secara semula jadi dalam makanan yang mengandungi protein seperti tomato, kacang pea, cendawan dan juga keju.
Mi MAGGI® kami mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan makanan antarabangsa dan tempatan serta ianya selamat untuk dimakan. Jika anda hamil dan mempunyai sebarang masalah kesihatan, kami mengesyorkan agar anda berjumpa profesional kesihatan atau pakar pemakanan anda untuk mendapatkan nasihat.