Ayam Goreng Berempah semestinya menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia! Rangup di luar dan empuk di dalam. Bagi memuaskan hati penggemar ayam, MAGGI® membuat satu kelainan dengan keluaran MAGGI® Pes Perapan Ayam Goreng Berempah Baharu! Resepi istimewa dibuat khas dan cukup mudah untuk diguna dengan hanya perlu perap ayam dan kemudian dimasak sehingga rangup. Memang lazat dan beraroma!
Pes perapan ini dibuat daripada gabungan herba dan rempah-ratus yang terpilih seperti bawang merah, jintan putih dan biji ketumbar yang kita pilih sendiri. Rasanya memang cukup autentik, sama macam beli di warung. Sekarang tak perlu bersusah keluar rumah untuk nikmati kelazatan Ayam Goreng Berempah yang autentik, gunakan pes perapan ini dan masakan anda gerenti menjadi! Buat saja di rumah dan nikmati bersama keluarga.
Jom tonton video Resipi MAGGI® Ayam Goreng Berempah yang lazat!
Semudah perap, masak dan sedap! Ayam Goreng Berempah kegemaran keluarga siap terhidang.
Makanan ini menjadi kemestian di bazaar! Dulu, tiap kali terasa nak makan Ayam Percik memang gigih mencari pusing merata satu kawasan sekeliling kita. Sampai ada yang sanggup beratur panjang di bazaar untuk dapatkan Ayam Percik yang autentik ini.
MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik Baharu dikeluarkan bagi memenuhi permintaan ramai untuk menikmati rasa Ayam Percik yang autentik! Diperbuat daripada bahan dan rempah-ratus yang berkualiti seperti serai, bawang merah dan bawang putih lalu digabungkan menjadi pes perapan yang asli. Semudah perap, masak dan sedap! Rasa ayam percik yang berjus dan keempukan isi ayam pasti membangkit selera! Tak perlu lagi bersesak beratur panjang di luar, masak saja di rumah. Dengan menggunakan MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik, semestinya rasa autentik & asli macam beli dari bazaar, hidangan gerenti menjadi!
Cubalah resipi menggunakan MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik dalam video ini!
Ringkas je resipi ni! Jom tonton dan lihat bagaimana Sis Sheila Rusly sediakannya.
Jom tonton Datin Paduka Eina Azman hidangkan resipi istimewa ni!
Pes makanan memudahkan para ibu untuk menyediakan hidangan yang lazat dengan senang dan cepat. Nak lagi pes makanan yang boleh membantu anda memasak? Dengan bermacam pilihan Pes Perencah daripada MAGGI®, pasti akan membuat anda teruja! Terdapat dalam empat variasi iaitu MAGGI® Pes Perencah Nasi Briyani, Pes Perencah Nasi Goreng Kampung, Pes Perencah Bihun Goreng dan Pes Perencah Lada Hitam.
Jom cuba setiap MAGGI® Pes Perencah hari ini untuk menyajikan pelbagai hidangan kegemaran keluarga anda!
Diperbuat daripada rempah ratus asli dan bawang segar. Cuma ikut langkah mudah dan cepat untuk menyediakan nasi briyani yang lazat beraroma buat keluarga atau tetamu untuk sebarang majlis keramaian.
Diperbuat daripada bawang putih, bawang merah segar serta ikan bilis dipilih untuk dijadikan pes segar. Nasi Goreng Kampung yang mudah disediakan untuk hidangan seisi keluarga.
Diperbuat daripada bawang putih dan bawang merah segar serta cili merah yang diadun sempurna. Masak Bihun Goreng dengan pes lazat ini untuk sajian kegemaran keluarga.
Diperbuat daripada lada hitam, bawang putih dan bawang merah segar. Cuma tumis pes lazat ini dengan bahan kegemaran anda seperti daging, ayam, udang atau ikan. Pasti semua terpikat!