Malas nak fikir panjang untuk masak apa hari ni? Jom cuba resepi kobis tumis ini. Bukan sahaja hidangan sayuran ini senang dimasak, ia juga sangat cepat untuk disediakan. Memang sangat simple lah resepi kobis tumis ini. Mari kita lihat!
Pertama sekali, sediakan bahan-bahan sayuran seperti kobis, bawang merah, bawang putih, lobak merah, dan kacang buncis. Potongkan sayur-sayuran tersebut mengikut selera anda. Setelah siap dipotong, panaskan minyak jagung di dalam kuali. Masukkan bawang kecil dan bawang putih dan tumiskan sehingga wangi. Selepas itu, masukkan kobis, lobak merah, dan kacang buncis yang telah dipotong ke dalam kuali. Masakkan sehingga layu. Akhir sekali, masukkan ¼ cawan air dan 1 sudu besar MAGGI CukupRasa. Jika anda suka pedas, boleh juga tambahkan potongan cili merah ke dalam masakan. Pastikan gaul masakan kobis tumis ini dengan rata. Hidangkan di dalam pinggan.
Sudah pun siap masakan lazat lagi berkhasiat ini. Senang bukan? Nikmati keenakan kobis tumis ini dengan nasi putih. Jangan lupa untuk cuba resepi lain daripada MAGGI seperti Udang Merah Citarasa Mewah, Dendeng Daging, dan juga Daging Hitam Rasa Sayang (Daging Masak Kicap) yang enak dimakan dengan resepi ini. Cuba hari ini!
Read more
Read Less
Bahan-bahan
6
hidangan
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Minyak Jagung
1sudu besar
Bawang Merah
3
Bawang Putih
2ulas
Kobis
350g
Lobak Merah
50g
Kacang Buncis
100g
Air
0.25cawan
MAGGI® CukupRasa™
1sudu besar
Cili Merah
1
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
X
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Karbohidrat
7.83 g
Tenaga
51.47 kcal
Lemak
1.83 g
Protein
1.92 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
8 min
2 min
5 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
8 min
Mulakan Pemasa
Panaskan minyak. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
8 min
Mulakan Pemasa
Masukkan kobis, lobak merah dan kacang buncis. Masak sehingga layu.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
8 min
Mulakan Pemasa
Masukkan air, MAGGI CukupRasa dan cili, gaul rata.