Something went wrong!!!
Sederhana
56 Min
Kunci resepi Rendang Ayam yang sangat sedap serta aroma kuahnya yang wangi sehingga menambat hati seisi keluarga adalah dalam penggunaan bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga dimasak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini yang membuatkan anda semua ingin menambah lagi. Jika inginkan rasa yang lagi pekat dan berlemak, gunakan santan daripada kelapa segar. Di pasar juga ada jual santan segar yang sudah siap diperah pada harga yang berpatutan. Resepi Rendang Ayam ini sedap dimakan bersama lemang yang dibeli dan kemudian bawa pulang ke kampung halaman untuk dikongsi bersama. Tambahan pula dengan menggunakan produk MAGGI® CukupRasa™ yang lagi menambahkan rasa rendang ayam tersebut. Hidangan terkemuka ini juga boleh dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi. Pertama sekali, kisarkan semua bahan rempah. Pastikan aroma kisaran rempah tadi mengeluarkan aroma yang wangi dan kemudian, tumiskan bahan-bahan itu dalam periuk yang besar tanpa minyak sehingga sedikit kering. Selepas itu, baru masukkan minyak dan tumis sehingga sedikit pecah minyak. Masukkan pula hirisan bawang kecil, bawang putih, serai, daun limau purut, daun kunyit, dada ayam, peha ayam, MAGGI® CukupRasa™ dan gula melaka, dan gaulkan sehingga rata. Masak sehingga ayam sedikit empuk. Selepas itu, masukkan pula air, santan dan kerisik, kemudian renehkan sehingga ayam kuah menjadi pekat. Ia akan mengambil masa yang lama untuk resepi rendang ayam ini sehingga ia sedia dihidangkan. Ingin cuba resepi-resepi lain yang lebih mudah dan senang dihidangkan untuk seisi keluarga? Lihat lagi resepi-resepi MAGGI® yang siap ada untuk anda semua: Nasi Ayam Madu, Resepi Nasi Lemak, dan Resepi Nasi Goreng Kampung.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
56 min
5 min
10 min
15 min
25 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer