Something went wrong!!!
Mudah
11 Min
Mencari juadah yang bernutrisi untuk anak-anak boleh menjadi sukar. Anak-anak kecil selalunya kurang gemar dengan lauk-lauk yang mempunyai sayur hijau dan serat penting yang bagus untuk tubuh badan mereka. Persediaan menu boleh menjadi leceh apabila kita ingin memenuhi selera mereka dengan menyediakan juadah yang berkhasiat. Tetapi resipi sup tofu lembut Bersama bayam ini mungkin sahaja menu yang tepat sekali untuk anda sajikan kepada si kecil anda. Menu sup yang penuh dengan sayur bayam lembut ini penuh dengan rasa rempah ratus asli yang anda boleh sediakan dengan beberapa bahan mudah sahaja. Anak-anak anda juga pasti akan terpikat dengan sensasi lembut berkrim tauhu telur yang enak, licin dan berlemak selembut sutera di dalam mulut. Kalau risau tentang kandungan nutrisi, resipi sup tofu telur ini memang sudah seimbang dengan khasiat dan gizi makanan yang lengkap. Bayam dalam sup ini kaya dengan zat besi dan vitamin A, manakala tauhu telur pula merupakan sumber protein yang baik sekali untuk tumbesaran mereka. Yang paling penting, menu ini sedap untuk dijamu oleh seisi keluarga. Cubalah resipi ini sekarang kalau tak percaya.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 2 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
11 min
3 min
2 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer