Nasi merupakan antara bahan asas atau bahan ruji yang menjadi satu kewajipan dalam setiap hidangan harian bagi rakyat Malaysia. Tidak mengira kaum dan bangsa, semua memang gemarkan dan sudah menjadi kebiasaan untuk mempunyai nasi dalam menu harian mereka. Ada sesetengah rakyat Malaysia memang perlukan nasi, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kalau tidak mereka akan rasa lesu dan tak bertenaga. Tapi bila difikirkan balik, kadang-kadang jemu juga bila kita makan nasi yang masa je hari-hari. Dengan itu, terciptalah kepelbagaian resipi nasi goreng yang berbeza-beza cita rasa dan keunikannya. Antaranya seperti Nasi Goreng Daging, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ikan Masin dan pelbagai lagi pilihan yang menggamit selera. Hah! Apa yang lagi unik dan wajib dicuba adalah Nasi Goreng Ulam. Dengar macam pelik, nak cuba pun fikir dua tiga kali… betul tak? Tak perlu risau, Nasi Goreng Ulam ni merupakan satu hidangan yang unik dan seimbang! Kombinasi nasi dan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman memang lengkap untuk menjadi satu hidangan yang sempurna dan lazat bila dinikmati. Sesuai juga dimakan bersama lauk pauk dan sayuran lain seperti Ayam Goreng, Ikan Goreng, Sayur Ulam, Sayur Campur dan pelbagai lagi pilihan lauk pauk yang lazat bila dinikmati bersama keluarga. Nak masak pun tak rumit tau, hah kali ini kami dengan rasa gembira ingin berkongsi bersama anda semua resipi unik Nasi Goreng Ulam ini. Antara bahan yang anda perlukan untuk memasak Nasi Goreng Ulam ini adalah minyak jagung, nasi yang sudah dimasak, telur, isi ayam, bawang merah, bawang kecil, daun limau purut, serai, bunga kantan, cili padi, kacang panjang, kacang botor, daun selom dan jus limau nipis. Ringkas je bahan-bahan untuk masak Nasi Goreng Ulam ni, anda boleh cari dan dapatkan di mana-mana pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Tapi bukan itu saja, jangan lupa gunakan MAGGI® CukupRasa™! Taburkan secubit dua ke dalam Nasi Goreng Ulam anda semasa anda memasaknya, konfem Nasi Goreng Ulam anda akan bertambah-tambah lazatnya. Bila dikongsi bersama keluarga, mereka pasti akan sukakannya juga. Jadi jangan tunggu-tunggu lagi, jom cuba resipi Nasi Goreng Ulam ini sekarang juga. Ajak sedara-mara dan jiran tetangga sekali untuk cuba, pasti akan menjadi menu kegemaran mereka!
Read more
Read Less