Annyeong! Pernah tak masa korang tengok K-Drama, lepas tu ada nampak makanan-makanan sedap yang mereka makan dalam drama tu? Teringin nak rasa? Jangan risau, kat Malaysia pun makanan Korea yang halal seperti ramyeon, bulgogi, kimchi dan banyak lagi, sudah pun menjadi trend dan sangat mudah untuk mendapatkannya. Di samping itu, ada juga resipi Korea yang digabungkan dengan resipi tempatan, contohnya nasi goreng. Maka, jadilah nasi goreng ala Korea.
Kita semua tahu bahawa nasi goreng merupakan hidangan yang sangat popular di Malaysia, tidak kira nasi goreng kampung atau nasi goreng Pattaya. Namun, kini nasi goreng ala Korea juga menjadi kegemaran ramai. Ini kerana rasanya yang masam-masam pedas memang kena dengan selera orang Malaysia.
Senang sahaja nak sediakan nasi goreng ala Korea ini. Mula-mula, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi, serbuk cili, sos ikan, cuka, kubis cina, lobak merah, ayam, nasi, gula, rumpai laut, daun bawang, daun salad, timun, keju cair dan telur goreng.
Pertama sekali, tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga sebati dan sehingga menjadi pes. Masukkan serbuk cili, sos ikan, dan cuka dan gaulkan sehingga sebati menjadi pes. Seterusnya dalam mangkuk, masukkan separuh pes yang ditumbuk tadi. Gaulkan pes bersama kubis cina dan lobak merah. Ketepikan.
Kemudian, panaskan kuali dan tumis bahagian putih daun bawang. Masukkan separuh pes yang ditumbuk dan tumis sehingga naik bau. Masukkan hirisan ayam dan kacau rata. Masukkan pula adunan kobis tadi dan tumis sebentar hingga naik bau. Masukkan 4 cawan nasi, 1/2 sudu kecil gula dan 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™.Campurkan rumpai laut dan tumis sebentar.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan bersama daun salad, hirisan timun, keju cair dan telur goreng. Daebak! Sudah pun siap nasi goreng ala Korea anda!
Resepi nasi goreng ala Korea ini sangat sesuai untuk mereka yang suka makan hidangan masam-masam pedas. Gabungan rasa unik dan kepedasan dari cili padi membuatkan hidangan ini memiliki cita rasa yang sangat istimewa. Anda boleh cuba resepi nasi goreng ala Korea ini di rumah dan masak bersama keluarga atau rakan-rakan.
Apa perubahan anda hari ini? Dengan MAGGI® CukupRasa™ anda boleh sajikan pelbagai resipi baru untuk keluarga. Yang penting anda mencuba. Jom, masak hari ini!
Read more
Read Less