Semua pasti kenal dan biasa dengan masakkan sambal ikan bilis. Ia merupakan suatu juadah yang kebiasaanya dihidang dengan pelbagai sajian lain seperti masakan ikonik di Malaysia iaitu Nasi Lemak. Walau bagaimanapun, resepi ini berbeza dengan resepi sambal ikan bilis yang lain kerana resepi ini menggunakkan buah belimbing buluh. Buah ini adalah sejenis buah tempatan yang berperisa masam dan sesuai digabungkan dengan rasa kepedasan sambal. Kombinasi yang serasi ini tentu memuaskan selera anda. Jom lihat cara untuk memasaknya.
Resepi sambal ikan bilis belimbing buluh ini bermula dengan mengorengkan ikan bilis terlebih dahulu. Kemudian, gunakan lebihan minyak tersebut untuk menumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing sebelum memasukkan satu paket MAGGI® Sambal Tumis. Gaulkan sehingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan bahan utama iaitu buah belimbing buluh yang telah dipotong dua. Tambahkan gula dan MAGGI® CukupRasa™ sebagai penambah rasa serta sedikit air. Akhir sekali, tutupkan api apabila buah belimbing buluh telah lembut. Siap sambal ikan bilis belimbing buluh yang lazat ini untuk dihidang.
Juadah menyelerakan ini boleh dinikmati bersama pelbagai lauk lain atau hanya dengan nasi putih yang panas. Sangat mudah untuk menyediakannya tetapi sungguh lazat. Inginkan resepi enak yang lain? Lihat pelbagai resepi kami seperti Ayam Paprik, Siakap Goreng Aneka Rasa dan Tumisan Kapis dan Sayur Segar.
Read more
Read Less
Bahan-bahan
4
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Minyak Masak
2sudu besar
Ikan Bilis
30g
Bawang Kecil
5
Bawang Putih
3ulas
MAGGI® Sambal Tumis
2paket
Belimbing Buluh
10
Gula
1sudu kecil
MAGGI® CukupRasa™
1sudu kecil
Air
3sudu besar
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Karbohidrat
6.94 g
Tenaga
134.9 kcal
Lemak
10.8 g
Protein
2.9 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
10 min
2 min
3 min
2 min
3 min
Recipe steps
10 min
Panaskan minyak masak. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
Recipe steps
10 min
Dengan lebihan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Recipe steps
10 min
Masukkan MAGGI Sambal Tumis. Gaul rata sehingga pecah minyak.
Recipe steps
10 min
Masukkan belimbing buluh, gula, MAGGI CukupRasa dan air. Gaul sebentar sehingga belimbing lembut. Sedia untuk dihidang.