Something went wrong!!!
Mudah
30 Min
Sebuah sajian yang sesuai untuk musim perayaan ini adalah Dalca Sayur. Ia merupakan hidangan popular yang dinikmati oleh pelbagai rakyat di seluruh Malaysia. Hidangan istimewa ini penuh dengan sayur dan rempah ratus yang memberikan warna dan rasa yang sungguh enak dan menyelerakan. Meriahkan Hari Raya anda dengan masakan dalca sayur yang popular ini. Raikan musim perayaan ini dengan resipi Dalca Sayur kami ini. Pertama sekali, kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia bersama sedikit air. Resepi ini menggunakan rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumiskan kesemua rempah tersebut dan masukkan bahan yang dikisar serta daun kari sehingga wangi. Masukkan pula MAGGI® Kiub Kari dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air dan renehkan. Seterusnya, masukkan kacang dal yang telah direbus, kentang dan sayur terung yang telah dipotong berbaji, kacang panjang dan lobak merah yang telah dipotong. Gaulkan sehingga sayur-sayuran masak dan kemudian letakkan dan tomato yang dipotong berbaji serta cili hijau yang dipotong dua, dan santan. Renehkan sehingga kesemua bahan telah masak. Masakan Dalca Sayur ini pasti akan lengkapkan meja makan anda. Nikmati bersama nasi panas, ia sangat sesuai dihidangkan pada musim perayaan ini. Pastikan anda cuba juadah Dalca Sayur yang lazat ini!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
30 min
8 min
5 min
10 min
7 min
Pause
Play
Restart Timer