Something went wrong!!!
Mudah
15 Min
Bila tiba bulan Ramadan, kita semua tentu masih teringat-ingat masakan air tangan ibu. Saat-saat indah bila berbuka puasa ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan berbuka atau bersahur ketika itu mungkin ringkas tapi tetap menyelerakan. Jadi, kembalikan nostalgia menikmati sajian masakan ibu dengan resipi Nasi Goreng Air Tangan Ibu yang lazat ini. Sajian Nasi Goreng Air Tangan Ibu ini memang mudah disediakan. Tambah mudah lagi bila anda guna MAGGI® Pes Sambal Tumis sebagai bahan tumisan, kerana MAGGI® Pes Sambal Tumis ini diperbuat dengan bawang segar dan cili serta mudah pecah minyak. Jadi, anda boleh masukkan nasi dengan cepat. Tak perlu tunggu lama-lama. Bahan-bahan ringkas seperti bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis yang ditumbuk sehingga halus dan digabungkan dengan Sos Tomato MAGGI® dan MAGGI® CukupRasa™, perasa semua dalam satu yang diperbuat daripada bawang segar dan rempah-ratus yang pasti menaikkan lagi rasa masakan anda! Sepinggan hidangan Nasi Goreng Air Tangan Ibu ini sememangnya lengkap dengan pelbagai nutrisi dan seimbang daripada bahan-bahan seperti isi dada ayam, telur, kacang panjang dan lobak merah yang juga dapat memenuhi selera setiap ahli keluarga. Rasa pedas-pedas manis dengan sayur-sayuran segar tentu buat anda terbuka selera dan mata bila menikmatinya. Masa penyediaannya juga agak singkat. Jadi, hidangan Nasi Goreng Air Tangan Ibu ini sangat sesuai jika anda sibuk dengan tugasan harian atau semasa bangun untuk bersahur tetapi masih tetap ingin menyajikan hidangan yang lazat dan berkhasiat untuk orang yang tersayang. Nak rasa yang lebih padu? Potongkan sahaja beberapa biji cili padi untuk sedikit kelazatan berapi dalam hidangan anda. Nak tip supaya nasi goreng lebih sedap? Pertama sekali, penting untuk kita menggunakan nasi yang kering atau yang telah dimasak semalaman. Barulah dapat tekstur nasi yang gebu dan berderai. Seterusnya, kena pastikan kuali betul-betul panas sebelum menumis. Seeloknya tumis bahan-bahan perencah seperti bawang, ikan bilis dan cili menggunakan api besar. Tunggu hingga garing dan wangi, tapi jangan pula sampai hangus! Akhir sekali hidangkan sajian ini masa panas-panas, barulah aromanya membangkitkan selera dan membuka mata bila dimakan ketika bersahur. Cuba hidangkan sajian Nasi Goreng Air Tangan Ibu ini untuk berbuka atau bersahur nanti. Sudah tentu anda dapat memikat selera orang yang tersayang.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
15 min
3 min
2 min
5 min
Pause
Play
Restart Timer