Raya kali ini tentu ramai tetamu datang berkunjung ke rumah. Maklumkah dah dua tahun tak dapat beraya bersama keluarga dan rakan-rakan. Bila dan ramai tu, mestilah kena sediakan pelbagai hidangan. Biasanya menu wajib ada pada hari raya tentulah lemang, ketupat dan rendang. Memang itu menu yang paling famous di hari raya. Tapi bukan apa, sesekali sesekali nak juga rasa hidangan yang lain untuk dimakan pada pagi raya kan? Jadi, apa kata cuba buat sayur lodeh pulak. Pekena dengan ketupat atau nasi impit, kemudian letak sambal ikan bilis atau sambal sotong tak pun kuah kacang, memang layan! Sebenarnya ramai yang keliru di antara lontong dan sayur lodeh. Lontong adalah nasi impit iaitu beras yang dibalut dalam daun pisang dan dikukus. Tapi mungkin proses menghasilkannya agak renyah dan masa telah berubah, maka nasi impit segera menggantikan lontong. Sayur lodeh yang lemak boleh dikatakan seperti gulai kerana resipinya menggunakan santan. Sayur lodeh merupakan hidangan lazat dan seimbang dengan campuran pelbagai sayur-sayuran seperti kacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe, tauhu, serai dan lengkuas. Jadi, lepas ini kalau sebut sayur lodeh dan lontong anda bolehlah faham dengan jelas apa yang dimaksudkan. Resepi sayur lodeh ini sebenarnya berasal dari Indonesia dan amat terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa di negeri Johor. Disebabkan rasanya yang lazat dan keseimbangan nutrisinya, hidangan ini adalah amat popular pada Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan masyarakat melayu. Kelazatan sayur lodeh banyak bergantung kepada kepekatan dan rasa kuahnya. Jadi, untuk memastikan kuah sayur lodeh anda enak dan menyelerakan, anda boleh tambahkan MAGGI® CukupRasa™. Perasa semua dalam satu yang pasti membangkitkan lagi rasa masakan anda. Sediakan sahaja bahan asas seperti bawang besar, bawang putih kunyit hidup, udang kering, kacang panjang, lobak merah, fucuk, tauhu, tempe dan lain-lain lagi digabungkan dengan MAGGI® Pes Sambal Tumis. Dengan resipi mudah dan pantas ini, anda dapat menikmati keenakan sajian warisan tradisi ini tanpa langkah-langkah yang merumitkan.Hidangkan untuk keluarga dan tetamu yang datang berkunjung pada hari raya ini. Mereka pasti pulang sambil teringat-ingat kelazatan sajian anda. Nak tahu, cubalah!
Read more
Read Less