Something went wrong!!!
Sederhana
38 Min
Rendang adalah hidangan tradisi paling popular semasa tibanya hari raya. Sajian ini enak dimakan bersama lemang, ketupat palas, ketupat nasi, pulut kuning atau nasi impit. Terdapat pelbagai jenis rendang yang boleh anda temui iaitu rendang ayam, rendang daging, rendang ikan, rendang kerang dan bermacam lagi. Lain tempat, berbeza bahan dan cara memasaknya. Sebenarnya, rendang mempunyai berbagai versi, antara rendang Kelantan, rendang Terengganu, rendang Johor, rendang Perak, rendang Kedah dan rendang Negeri Sembilan yang masing-masing mempunyai rasa yang berbeza. Walau dari negeri mana sekali pun tak jadi masalah, janji rasanya sedap dan memenuhi selera masing-masing. Itu paling penting. Di antara bermacam-macam rendang ini, rendang ayam paling banyak dihidangkan pada hari raya. Ini kerana bahan-bahannya mudah didapati dan lazat dinikmati. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan rendang ayam adalah cili padi kisar, santan pekat, bawang, daun kunyit, daun limau purut serta kerisik. Sempena sambutan hari raya kali ini, MAGGI® membawakan anda resipi Rendang Ayam Tradisi yang boleh anda cuba sajian keluarga dan rakan-rakan yang datang berkunjung nanti. Resepi rendang ayam yang sememangnya sangat sedap, aroma kuahnya membangkitkan selera kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ayam ini. Gunakan MAGGI® Pes Sambal Tumis yang diperbuat dengan bawang segar dan cili untuk memudahkan anda menyediakan sajian ini. Kalau nak lebih sedap lagi, gunakan santan segar yang dijual di pasar. Rendang ayam ini boleh dimasak sehingga kering atau sedikit berkuah bergantung kepada citarasa masing-masing. Untuk kuah rendang yang lazat, tambahkan MAGGI® CukupRasa™. Perasa semua dalam satu yang pasti membangkitkan lagi rasa masakan anda! Sebenarnya apa-apa jenis rendang pun mesti nak ada seredak, lagi banyak seredak lagi sedap bila di cicah dengan lemang atau ketupat. Ada sesetengah orang suka seredak yang lembab-lembab, ada yang suka kering. Terpulanglah pada selera masing-masing. Kalau nak kering, renehkan lama sedikit di atas api. Cubalah resipi ini semasa hari raya di kampung nanti, tentu saudara-mara dan rakan-rakan berselera menikmati hidangan yang anda sediakan!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 16 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
38 min
10 min
2 min
20 min
5 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer