Something went wrong!!!
Sederhana
24 Min
Apabila tiba bulan Ramadan, kita semua pasti akan fikirkan keenakan ayam percik, kan? Ayam percik yang merupakan hidangan tradisional dari pantai timur sangat terkenal dengan keunikan rasa dan aroma rempahnya. Ayam yang telah dipotong-potong akan diperap dengan dengan bahan-bahan perapan daripada rempah-ratus dan santan kelapa. Ayam akan dipanggang atau digrill sehingga masak dan kecutan rempah semakin terasa. Sos percik lazat dan berkrim yang disediakan juga sangat lazat dan dicurahkan di atas ayam sebagai hidangan yang sedap dan memukau selera. Jom kita lihat cara-cara untuk sediakan resepi ayam percik ini. Resepi ayam percik sangat mudah dan sesuai untuk hidangan harian lebih-lebih lagi untuk sajian berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Pertama sekali, satukan ayam bersama dengan MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik dan santan di dalam mangkuk. Gaulkan rata dan perapkan selama 30 minit supaya ayam jadi sedap dan masak dengan rata. MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik sudah pun ada semua rempah-rempah yang diperlukan, senang sangat nak masak menggunakannya. Setelah ayam siap diperap, panaskan minyak masak dan grillkan ayam sehingga masak menggunakan api sederhana kecil. Resepi ayam percik ini lagi senang gunakan kuali leper untuk grilkan ayam, kerana lagi senang untuk mengawal suhu dan tiada minyak yang akan meleleh ke api. Selepas ayam sudah masak, ketepikan ayam dan tuangkan lebihan sos perapan ke dalam kuali leper bersama serai. Tumiskan sehingga pecah minyak supaya perisa rempah-ratus terbit dan sedap. Jika ingin tambahkan kesedapan, boleh tambahkan serai yang lebih banyak atau gunakan serai yang lebih segar. Ini juga dapat menaikkan lagi aroma wangi. Akhir sekali, hidangkan ayam dan curahkan sos perapan percik di atas ayam. Senang kan resepi ayam percik ini? Resepi ayam percik ini memang sedap dan senang dimasak. Boleh tambahkan sikit gula merah atau madu ke dalam perapan ayam tadi untuk sedapkan lagi masakan ayam percik ini. Lagi sedap dan manis! Untuk hidangan ayam percik yang lengkap, hidangkan bersama nasi putih panas-panas atau nasi impit. Boleh juga cuba resepi-resepi lain daripada MAGGI® seperti Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Daging Utara, ataupun Nasi Goreng Air Tangan Ibu. Jadi tunggu apa lagi? Cuba resepi ayam percik ini sekarang. Jom masak!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
Penggorengan udara
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
24 min
2 min
20 min
Pause
Play
Restart Timer
Cara lain untuk memasak