Sawadikap! Lauk hidangan Thai memang tak lengkap tanpa gabungan sensasi rasa masam, manis, dan pedas. Keenakan tiga rasa inilah yang menjadikan masakan Thai itu beraroma mengancam sampai terangkat. Jadi, setiap juadah asli Thai itu mesti ada kelazatan masam-masam jus limau, aroma savuri bawang putih, manis tomato dan dan rasa pedas daripada cili segar.
Kalau anda nak rasa asli Thai, tak perlu bersusah payah mengisar ramuan di dapur lagi. Hanya guna sahaja sos cili Thai MAGGI® untuk diletakkan dalam pelbagai masakan anda. Nak hidang siakap tiga rasa a la Thai? Sos cili Thai ini boleh menjadi pelengkap rasa. Nak cicah popia goreng atau cucur dengan sos yang luar biasa? Sos ini juga boleh menjadi peneman juadah anda.
Rasa asli Thai dalam sos ini datang daripada bukan calang-calang bahan. Semua ramuan yang ada memang segar belaka untuk memberi anda keenakan pedas manis masam yang umph sekali. Letak sahaja dalam resipi pilihan anda atau jadikan sebagai bahan pencicah macam sos-sos lain untuk juadah sempurna. Dengan sebotol di dalam pantri anda, gerenti anda dan keluarga tersayang akan puas hati.
Gula/Gula Perang, Cuka, Cili [Cili Segar (3%), Pes Cili, Cili Kering], Bawang Putih (4.3%), Garam, Pes Tomato.
Mengandungi Pemekat Sebagai Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan.
Aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan.
Is Chilli Thai same as Chilli Bawang Putih?
I remember eating that with lamb chop, nugget etc. That's how good the sauce was.
Then the sauce stop appearing on the shelf, like Maggi Vegetarian mug.
I hope that the chilli will make a comeback, as it was not sweet sauce like sos Chilli Thai.