Something went wrong!!!
Mudah
33 Min
Teringin masakan yang lemak dan pedas? Tidak perlu cari jauh! Cubalah Ayam Masak Lemak Cili Api Berapi ini. Hidangan ini merupakan hidangan ayam berkuah kuning pedas yang berasal dari Negeri Sembilan. Masakan ini mengunakkan kunyit yang memberi warna kuning yang ikonik kepada juadah ini dan cili api yang memberi rasa hangat yang dicari-cari. Jom ikuti resepi ini! Cara untuk memasak Ayam Masak Lemak Cili Api Berapi ini adalah dengan menumbuk bawang merah, cili padi, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat di dalam lesum batu. Alihkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali bersama 5 cawan air, 2 kiub Pati Ayam MAGGI®, ayam yang telah dipotong, serai yang telah diketuk, dan beberapa keping daun kunyit. Renehkan sehingga ayam separuh masak. Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong berbaji dan renehkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan kentang menjadi empuk. Masukkan pula 1 cawan santan dan gaul. Biar sehingga mereneh dan siap untuk dihidang. Hidangkan bersama pelbagai lauk atau hanya dengan nasi panas dan nikmati rasa pedas dan lemak dari masakan ini. Ayam Masak Lemak Cili Api ini merupakan masakan tradisional yang perlu dicuba. Masak sekarang! Juga lihat resepi lain seperti Udang Sambal Berlado, Resepi Bendi Goreng 10 Minit, dan Asam Pedas Itik Limau Kasturi.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
33 min
5 min
15 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer
Ayam
0