Hujung bulan sudah tiba, dan anda sudahpun memborong barangan keperluan dapur. Bahan-bahan seperti sayur, daging, ikan, dan macam-macam lagi sudahpun memenuhi ruang dalam peti sejuk anda. Yang tinggal hanyalah persiapan menu hari minggu untuk anda rancang.
Tapi macam mana kalau anda ketandusan idea untuk menyiapkan semua menu dari bahan-bahan yang sudah dibeli? Resipi sajian yang diinginkan keluarga anda pula menggunakan pelbagai rempah yang remeh dan anda tidak ada beberapa bahan yang diperlukan untuk masakan itu. Pastinya anda perlukan alternatif dan bahan yang mudah untuk menyajikan juadah yang anda inginkan.
Jangan risau, kerana MAGGI ada semua yang anda perlukan untuk sediakan satu juadah yang enak dan serba lengkap. Yang paling penting, semuanya boleh jadi sempoi dan senang sekali.
Perencah CukupRasa Sebagai Pelengkap Selera
Anda tak ada banyak rempah ratus atau bahan makanan dalam peti sejuk? Nak masak juadah semudah nasi goreng, atau lauk-pauk seperti gulai dan rendang, semuanya boleh jadi ‘next-level’ dengan serbuk MAGGI CukupRasa.
Dibuat dengan ramuan asli seperti bawang putih, bawang merah, dan macam-macam lagi, perencah CukupRasa dapat menjadi peneman dapur anda yang sempurna. Makanan yang serba biasa boleh rasa seperti dilengkapi bahan-bahan spesial hanya dengan beberapa cubit perencah hebat ini.
Naikkan Kelazatan Dengan Sos MAGGI
Siapa kata sos MAGGI hanya boleh dibuat bahan pencicah sahaja? Sebenarnya, anda boleh gunakan sos MAGGI untuk macam-macam aplikasi. Nak naikkan rasa kuah spageti bolognese anda? Atau buat ayam masak merah dengan rasa pedas-pedas kaw? Pilih sahaja dari rangkaian sos merah MAGGI untuk beri anda pelengkap rasa yang begitu sempurna.
Perasa MAGGI Penyelamat Resipi
Garam dah letak, serbuk rempah lain pun semua ada dalam lauk atau kuah anda. Tapi lepas anda rasa sedikit, macam ada sahaja yang kurang.
Masalah ini boleh selesai dengan mudah kalau anda lengkapkan dapur dengan rangkaian perasa MAGGI sebagai penyelamat masakan anda. Dari kiub ikan bilis yang boleh memberi rasa makanan laut asli, sehingga ke kiub tomyam untuk kuah tomyam dengan kick yang kaw, semuanya boleh selesai dengan produk MAGGI. Beli sahaja beberapa kotak kiub perasa MAGGI untuk dilengkapkan di dapur anda sekarang, dan semua masakan anda boleh mendapat rasa yang lazat dan lengkap dengan mudah.
MAGGI Sebagai Pilihan Utama Anda
Walau apa sahaja yang anda anda sebagai bahan makanan dalam peti sejuk anda, semuanya boleh menjadi juadah enak dengan MAGGI. Dengan MAGGI, anda tak perlu risau lagi untuk menyiapkan juadah yang menyelerakan buat orang yang anda sayang. Dapatkan sahaja di mana-mana pasar raya berhampiran anda, dan anda bersedialah untuk masak dengan riang.