Something went wrong!!!
Mudah
21 Min
Nak hidangkan lauk ayam yang lazat dengan hanya beberapa langkah mudah? Resipi ayam masak halia ini dapat memberi anda sekeluarga sajian ayam goreng rangup dengan kombinasi rempah ratus dan sos tiram MAGGI yang mengasyikkan. Sediakan sahaja potongan dada ayam dan bahan-bahan tumisan yang sudah tersedia di dapur anda, seperti bawang besar, bawang putih, dan cili merah. Buat penggemar lauk pedas, anda juga boleh tambah kelazatan berapi dengan beberapa tangkai cili padi dalam ayam masak halia ini. Campuran potongan halia di dalam lauk ayam ini juga bukan sahaja dapat memberikan lauk ayam anda aroma pedas-pedas berangin yang sedap, malah ia juga dapat memberi anda manfaat kesihatan. Tahukah anda bahawa halia merupakan ramuan yang dapat melegakan kembung perut dan rasa mual dengan cepat? Usah telan bermacam-macam jenis ubat bila rasa tak sedap perut. Dengan resipi ayam masak halia ini, anda dapat menjamah sepinggan lauk yang lazat dihidang bersama nasi panas serta melegakan angin di perut. Cuba resipi ayam masak halia ini sekarang untuk hidangan lengkap dan berkhasiat dalam masa 20 minit sahaja.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
21 min
3 min
7 min
1 min
10 min
Pause
Play
Restart Timer
Minyak Jagung
0
Dada Ayam
Sos Tiram MAGGI®
Lada Putih
Cili Merah
Daun Bawang