Tengah diet? Atau nak masak sesuatu dengan cepat yang sihat dan berkhasiat? Mari cuba resepi bayam yang ringkas dan senang ini sekarang! Tahukah anda yang sayur bayam dapat memperbaiki penglihatan anda? Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengekalkan tekanan darah yang sihat dan baik. Banyak lagi kebaikan makan bayam, sebenarnya. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita lihat cara untuk sediakan masakan lazat dengan resepi bayam ini sekarang!
Mula-mula, sediakan bahan sayur-sayuran seperti bayam, bawang merah, bawang putih, dan cili merah. Potongkan bayam mengikut citarasa anda. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan cili merah setelah minyak panas. Selepas itu, masukkan bayam yang telah dipotong tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Jangan lupa tambahkan 1 sudu besar MAGGI CukupRasa dan setengah sudu kecil serbuk lada putih. Tambahkan sedikit air ke dalam masakan supaya bayam tumis anda tidak kering. Gaul kandungan kuali dan biar ia masak selama seminit dua. Sudah pun siap bayam tumis ini! Anda boleh gunakan resepi bayam tumis ini untuk juadah tengahari ataupun malam.
Cuba resepi bayam tumis ini sekarang dan gabungkan dengan resepi-resepi lazat yang lain daripada koleksi MAGGI seperti Ayam Mentega 20 Minit, Ayam Masak Merah, dan Sambal Tempe & Terung Pedas.
Read more
Read Less
Bahan-bahan
2
hidangan
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 2 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Bayam
300g
Minyak Masak
1sudu besar
Bawang Besar
3
Bawang Putih
3ulas
Cili Merah
2sprigs
MAGGI® CukupRasa™
1sudu besar
Serbuk Lada Putih
0.5sudu kecil
Air
3sudu besar
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Karbohidrat
20.45 g
Tenaga
147.4 kcal
Lemak
5.78 g
Protein
7.14 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
13 min
5 min
5 min
2 min
1 min
Recipe steps
13 min
Mula-mula panaskan minyak masak di dalam kuali. Kemudian sudah agak-agak panas, mulalah menumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
Minyak Masak
0
Bawang Merah
0
Bawang Putih
0
Cili Merah
0
Recipe steps
13 min
Kemudian barulah masukkan bayam dan dikacau rata.
Bayam
0
Recipe steps
13 min
Akhir sekali, jangan lupa taburkan MAGGI® CukupRasa™, serbuk lada putih dan sedikit air. Biarkan ia masak lebih kurang seminit dua.