Something went wrong!!!
Sederhana
61 Min
Inginkan lauk daging untuk ditambah kepada menu anda? Cuba resepi daging dendeng ini. Sebuah hidangan daging yang lembut dimasak dengan campuran rempah dan kicap ini sungguh lazat dan klasik. Masakan ini boleh dinikmati begitu sahaja bersama nasi putih panas atau dihidang bersama lauk lain mengikut citarasa anda. Sangat fleksibel! Ikuti resepi daging dendeng ini dan masakan suatu juadah enak yang pasti akan mengkagumkan para tetamu anda. Salah satu kunci kepada daging dendeng yang lazat adalah memastikan daging dimasak empuk. Untuk memastikan daging lembut, rebuskan dahulu. Masukkan juga halia dan serai ke dalam periuk rebusan supaya daging beraroma wangi. Resepi dendeng daging ini menggunakan pes MAGGI® Sambal Tumis dan ditumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar serta bahan lain seperti kicap, pes asam jawa dan juga sedikit MAGGI® CukupRasa™ unutk menambahkan kelazatan masakan ini. Rasa pedas dari pes sambal tumis dan kemanisan dari kicap menjadikan ia satu sajian yang menyelerakan. Hidangkan bersama nasi panas dan nikmati keenakan masakan dendeng daging ini. Masakan ini boleh juga dinikamati bersama ketupat atau nasi impit. Sangat sesuai untuk dijamukan kepada tetamu terutamanya pada hari Raya. Kelazatan pedas dan manis masakan ini pasti menjadi tumpuan perbualan para tetamu anda. Jom cuba resepi dendeng daging ini sekarang! Atau inginkan resepi lain untuk dihidang bersama sajian ini? Cuba resepi seperti Ikan Kerapu Stim, Sayur Campur Bersos Enak, dan Telur Bistik.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
61 min
20 min
10 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer
Halia
0
Daging Lembu
Serai
Air
Minyak Masak
Bawang Besar
Biji Ketumbar
Kicap Pekat
Bawang Putih
MAGGI® Sambal Tumis
Pes Asam Jawa
Kicap Manis
MAGGI® CukupRasa™