Something went wrong!!!
Mudah
85 Min
Di saat kita berjalan-jalan di pasar malam, pusat penjaja makanan ataupun bazaar Ramadan, bau kepak ayam madu yang dipanggang sudah tentu akan memikat selera kita. Haruman kepak ayam madu panggang ini kaya dengan aroma rempah ratus yang sungguh mengasyikkan. Kalau sudah terbeli sebungkus, anda mungkin boleh meratah kepak ayam ini sehingga tinggal tulang sahaja. Isinya empuk disaluti rasa manis dan salai yang memang menggiurkan sekali. Sajian mudah dan enak ini sememangnya digemari ramai orang kerana rasa isi ayam panggang memang enak sekali. Ia juga mudah dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama-sama nasi putih untuk satu juadah yang lengkap. Jika anda tiada masa untuk ke bazaar atau pasar malam untuk membeli juadah ini, resipi kepak ayam madu ini sedia dicuba dengan ramuan dan langkah-langkah yang mudah sahaja. Untuk rasa kepak ayam madu yang sama macam di gerai penjaja, anda hanya perlu sediakan bahan-bahan mudah sebagai bahan perapan ayam. Ramuan seperti bawang merah, bawang putih, dan halia dikisar sehingga halus dan digabungkan dengan sos-sos MAGGI® dan CukupRasa™ untuk kelazatan yang sempurna. Gaulkan ayam bersama bahan kisar dan perap semalaman supaya keenakan rempah ratus meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Setelah selesai diperap, gaul ayam dengan madu dan panggang sahaja di atas periuk leper sehingga masak untuk hidangan dengan rasa savuri manis yang memang mengancam. Mungkin perapan ayam mengambil sedikit masa, tapi penyediaan hidangan masih mudah dengan resipi kepak ayam madu ini. Cuba sekarang dan anda gerenti akan puas hati.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
85 min
2 min
60 min
3 min
20 min
Pause
Play
Restart Timer