Kerabu Suhun merupakan masakan Thai yang semakin popular di Malaysia kerana gabungan rasa pedas dan masam yang menyelerakan. Hidangan ini kaya dengan rasa dan mudah disediakan. Ia dibuat dengan herba aromatik seperti serai dan campuran bunga kantan bersama udang dan sotong. Ya, kebanyakan proses penyediaan hidangan ini melibatkan aktiviti meggaul!
Langkah pertama untuk membuat kerabu suhun ini adalah untuk menyediakan suhun. Rendam suhun dalam air sehingga lembut, kemudian celur hingga masak dan ketepikan. Celur juga udang dan sotong yang telah dibersihkan dan ketepikan. Anda juga perlu menyediakan sayur-sayuran. Hiris lobak merah, tomato ceri, kacang panjang, bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili api. Kemudian tumbuk 3 biji bawang merah, 6 biji cili api, 5 ulas bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Sekarang pencampuran bermula. Dalam mangkuk adunan masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama sos ikan, jus limau nipis, satu sudu besar MAGGI® CukupRasa dan 2 sudu besar gula. Gaul kesemuanya. Seterusnya masukkan suhun, udang dan sotong dan gaul rata. Akhir sekali, campurkan bahan-bahan yang tinggal iaitu lobak merah, tomato, kacang panjang, bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi. Siap dan sedia dimakan.
Cuba resepi Kerabu Suhun yang lazat ini dan nikmati perisa masakan Thai. Atau cuba resepi lain dari seluruh dunia seperti Ayam Peri Peri Pedas Ringkas, Nasi Goreng Ala Korea, dan Okonomiyaki Mi MAGGI.
Read more
Read Less
Bahan-bahan
10
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Suhun
150g
Crustaceans, Shrimp, Campuran Spesis, Mentah (May Have Been Previously Frozen)
6besar
Sotong
2
Bawang Kecil
3
Cili Padi
6sprigs
Bawang Putih
5cloves
Daun Ketumbar
2sprigs
Sos Ikan
1.5tbsp
Jus Limau, Mentah
5tbsp
MAGGI® CukupRasa™
1tbsp
Gula
2tsp
Lobak Merah
1Medium
Tomato
2
Kacang Panjang
4stems
Bunga Kantan
1stem
Serai
2stems
Daun Limau Purut
2pcs
Cili Padi
6sprigs
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Carbohydrates
19.56 g
Energy
104.07 kcal
Fats
0.41 g
Protein
5.82 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
21 min
5 min
3 min
5 min
2 min
3 min
3 min
Recipe steps
21 min
Rendamkan suhun sehingga lembut. Kemudian celur sehingga masak. Ketepikan.
Recipe steps
21 min
Celurkan udang dan sotong. Ketepikan.
Recipe steps
21 min
Tumbukkan bawang merah, cili padi, bawang putih dan akar ketumbar sehingga lumat. Alihkan ke mangkuk menggaul.
Recipe steps
21 min
Masukkan sos ikan, jus limau nipis, MAGGI® CukupRasa dan gula. Gaul rata.
Recipe steps
21 min
Masukkan suhun, udang dan sotong. Gaul rata.
Recipe steps
21 min
Masukkan lobak merah, tomato, kacang panjang, bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi. Gaul rata.