Something went wrong!!!
Sederhana
Sambutan tahun Baru Cina adalah satu perayaan tradisi yang sering dinanti setiap tahun oleh masyarakat Cina di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Perayaan ini cukup kaya dengan simbol dan amalan budaya menarik agar sepanjang tahun akan dikurniakan dengan kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan, bukan sahaja bagi individu yang menyambut perayaan ini malah seluruh keluarga. Bagi memastikan tahun baru yang menjelang membawa kesejahteraan dan kemakmuran, pelbagai langkah diambil untuk memastikan semua yang diharapkan dapat dicapai. Antaranya adalah melalui makanan. Dalam budaya Cina, terdapat beberapa jenis makanan yang dilihat sebagai simbol kemewahan, kekayaan, kebahagiaan dan sebagainya. Ikan atau pun Yú merupakan antara makanan yang wajib ada di atas meja makan semasa makan malam bersama keluarga sebelum Tahun Baru Cina. Ikan juga mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan Mandarin yang bermaksud ‘lebihan’. Oleh itu, masyarakat Cina percaya bahawa jika mereka makan ikan, khususnya spesies ikan tertentu pada malam sebelum sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan ada lebihan simpanan pada penghujung tahun agar mereka dapat menikmati limpahan kemewahan pada tahun seterusnya. Biasanya, cara masakan paling popular untuk menyediakan sajian ikan pada Tahun Baru Cina adalah ikan kukus. Bagi memilih ikan yang sesuai dihidangkan untuk makan malam Tahun Baru Cina, masyarakat Cina pegang pada satu prinsip sahaja; pilih ikan berwarna merah yang melambangkan tuah. Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru kali ini, MAGGI® membawakan anda resipi Kerapu Kukus Nikmat Makmur. Resipi ikan kukus ini menggunakan ikan kerapu segar yang bersaiz sederhana dengan berat sekitar 1kg. Adunan sos bawang putih yang dilazatkan lagi oleh MAGGI® Sos Tiram benar-benar menaikkan aroma dengan kuahnya yang pekat. MAGGI® CukupRasa juga penting untuk menambah kelazatan resipi ikan kukus ini. Rasa masam, manis dan pedas resipi ikan kukus ini pastinya menjadi kegemaran keluarga ketika makan besar. Sudah bersedia untuk menyambut Tahun Baru Cina? Jangan lupa untuk hidangkan resipi ikan kukus istimewa yang membawa tuah ini agar Tahun Baru Cina kali ini membawa segala kekayaan dan kemewahan kepada anda dan keluarga. Anda juga boleh mencuba resipi Tahun Baru Cina yang lain seperti Udang Merah Citarasa Mewah, Kek Labu Kukus Lazat Keemasan, Abalon Tiram Kaya Memikat dan MAGGI® Mi Goreng Selera Sejahtera.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
28 min
1 min
2 min
15 min
5 min
Pause
Play
Restart Timer