Something went wrong!!!
Mudah
10 Min
Char kuey teow sememangnya hidangan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya char kuey teow ini dikaitkan dengan kuey teow goreng basah yang dihidang dengan udang, sotong atau cebisan ayam sebagai menu popular di warung-warung. Sajian ini memang terkenal kerana sedap dan cepat disediakan sehingga menjadi pilihan utama untuk orang ramai yang ingin lepak di warung sambil berborak bersama rakan-rakan. Maksud char kuey teow ini adalah sebenarnya kuey teow goreng lantaran perkataan hokkien ‘char’ yang membawa maksud goreng atau tumis. Hidangan ini sudahpun menjadi menu popular bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara jiran juga seperti Singapura. Di negara kita, banyak versi char kuey teow yang telah disediakan dan diadaptasi oleh penjaja makanan di warung, bazar mahupun restoran. Ada char kuey teow yang basah, ada yang kering, ada yang disajikan dengan banyak makanan laut dan macam-macam lagi. Dengan resipi char kuey teow kami, anda boleh hidang sendiri masakan ini kepada keluarga dengan mudah dan pantas. Pilih sendiri bahan yang anda suka daripada sotong, kerang, ataupun udang untuk digaul dan ditumis bersama-sama dengan kuey teow. Untuk menaikkan lagi rasa, resipi char kuey teow ini ada campuran kicap dan MAGGI® CukupRasa™ untuk menyempurnakan kelazatan juadah ini. Gerenti anda puas hati dengan resipi kami sampai tak perlu keluar ke warung lagi.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
10 min
2 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer