Something went wrong!!!
10 Min
Inginkan rasa autentik mi goreng ala Kantonis? Tak perlu cari jauh daripada dapur anda sendiri. Dengan resepi MAGGI® Goreng Ala Kantonis ini, anda boleh nikmati juadah enak ini pada bila-bila masa. Cubalah sekarang! Resepi ini sangat mudah dengan menggunakan MAGGI® 2 Minit Ayam. Mulakan dengan merebuskan MAGGI® 2 Minit Ayam tersebut tanpa perencahnya selama 1 minit kemudian tapis dan ketepikan. Selepas itu, tumiskan bawang putih sehingga garing sebelum mengorengkan ayam yang telah dihiris dan udang yang telah dibersihkan. Kemudian, masukkan 3 cawan air bersama perencah MAGGI® 2 Minit Ayam serta sedikit serbuk lada putih dan renehkan sebentar. MAGGI® Goreng Ala Kantonis tidak lengkap tanpa sayur. Masukkan lobak merah yang telah dihiris, bunga kobis yang telah dipotong kecil, sawi yang juga telah dipotong dan didihkan. Selepas sayur menjadi lembut, campurkan bancuhan tepung jagung dan air. Gaul rata sehingga pekat. Setelah kuah menjadi pekat, tutup api dan masukkan sebiji telur yang telah dipukul. Gaul rata dan MAGGI® Goreng Ala Kantonis hampir siap. Hanya tinggal untuk meletakkan MAGGI® mi yang telah direbus ke atas pinggan, tuangkan kuah ke atasnya dan taburkan sedikit minyak bijan serta daun bawang. Dengan begitu saja, anda boleh nikmati keenakkan MAGGI® Goreng Ala Kantonis. Lihat dan cuba resepi lazat yang lain seperti Mi MAGGI Goreng Kari Mamak, Nasi Claypot Ayam Cina Klasik, dan Ayam Goreng Disaluti Keunikan Telur Masin.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
10 min
1 min
2 min
Pause
Play
Restart Timer