Mi MAGGI® senang dimasak lazat dimakan! Hah Mi MAGGI® 2-Minit dah jadi sebahagian daripada kehidupan kita. Tambah pula, Mi MAGGI® 2-Minit memang kegemaran rakyat Malaysia. Lagi-lagi Mi MAGGI® 2-Minit Kari, semua orang gemarkannya. Bila cakap pasal Mi MAGGI® 2-Minit ni, sebenarnya sudah ada banyak jenis pilihan dan juga resipi yang untuk disajikan! Tetapi yang selalu menjadi perbualan ramai ialah Mi MAGGI® 2-Minit Kari. Emm… apa kata kita tukar selera, hari ni kami inginkan Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa pula! Jadi resipi apa pula kita nak cuba kali ini? Hahh memandangkan resipi istimewa Mi MAGGI® 2-Minit sudah pun ada di mana-mana. Seperti mamak, warung dan pelbagai lagi tempat yang menarik dan mempunyai hidangan bersama resipi-resipi yang lazat dengan menggunakan Mi MAGGI® 2-Minit ini. Antaranya seperti Mi MAGGI® Goreng, Mi MAGGI® Ladna, Mi MAGGI® Bakar versi Itali, Mi MAGGI® Goreng Basah dan bermacam-macam lagi resipi yang mungkin anda semua sudah cukup kenali. Ada juga resipi yang berasaskan tumbuhan, sesuai untuk golongan yang tidak memakan protein atau apa-apa yang bersumberkan haiwan. Tetapi kali ini kami inginkan sesuatu yang berasaskan makanan laut! Inspirasi daripada masakan panas-panas, resipi istimewa kami sediakan untuk anda semua cuba bersama-sama keluarga nanti. Resipi Mi MAGGI® Goreng Asam Laksa. Nak masak resipi Mi MAGGI® Goreng Asam Laksa ni memang mudah saja, tak perlu bersusah payah nak habiskan masa di dapur berjam-jam untuk hasilkan hidangan ini. Jadi apa bahan-bahan segar yang kita perlukan untuk masak Mi MAGGI® Goreng Asam Laksa ni? Jeng… jeng… jeng! Antara bahan-bahan yang anda perlukan adalah Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa, bawang merah, bawang putih, cili padi, daun limau purut, udang, sotong, lobak merah, kobis cina, bunga kantan dan daun kesum. Fuhhh! Memang menyelerakan. Gabungan ke semua bahan tersebut akan menghasilkan satu hidangan yang cukup lengkap dan sangat menyelerakan. Hidangan lazat, keluarga pasti gembira. Senang saja kan nak cari bahan-bahan untuk resipi Mi MAGGI® Goreng Asam Laksa ni. Pergi saja mana-mana pasar raya atau pasar tani yang berdekatan di rumah anda, nanti pasti anda boleh jumpa dan dapatkan semua bahan-bahan ini. Tapi ingat tau, Mi MAGGI® 2-Minit tu pastikan hanya Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa saja baru beli! Kalau anda beli Mi MAGGI® 2-Minit variasi lain seperti Mi MAGGI® 2-Minit Ayam atau Mi MAGGI® 2-Minit Kari, nanti resipi pun tak menjadi. Jadi apa tunggu lagi, jom pergi beli hari ini dan pasikan Mi MAGGI® 2-Minit Asam Laksa ada dibeli sekali. Cuba sekarang dan kongsikan bersama keluarga yang sangat disayangi!
Read more
Read Less