Something went wrong!!!
Mudah
8 Min
Gorengan penuh bahan segar dengan aroma & rasa tom yam mengancam! Nak rasa kehebatan MAGGI® goreng Tomyam? Buat sahaja sendiri di rumah! Kita sering menjamah tom yam dalam bentuk hidangan berkuah panas-panas di gerai makanan yang berhampiran. Keenakan tom yam dengan sensasi rasa savuri, pedas dan masam ini sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Walaupun tom yam berasal daripada Thailand, juadah ini sudahpun mendapat tempat di ramai hati penduduk tempatan, sehingga tom yam dihasilkan dalam macam-macam cara. Ada tom yam berkuah merah, berkuah putih, diisi dengan makanan laut, daging dan ayam, dan macam-macam lagi. Tapi kalau nak cuba hidangan tom yam yang luar biasa, anda boleh cuba resipi ini. MAGGI® goreng tomyam ini sememangnya dapat memikat hati ramai peminat juadah selera Thai ini. MAGGI® goreng tomyam ini sebati dengan rempah ratus dan aroma tomyam, gabungan sensasi pedas, masam, dan masin yang diperkaya lagi dengan perencah mi segera MAGGI®. Ramuan segar seperti daun limau purut dan cili padi juga dimasukkan untuk rasa tom yam yang asli dengan kepedasan mengancam. Satu sajian resipi MAGGI® goreng tomyam ini juga bernutrisi dengan pelbagai tambahan sayur-sayuran seperti kobis dan lobak merah yang dapat memberikan anda sensasi rangup krup-krap semasa menjamu selera. Kalau anda memang gilakan tomyam, memang resipi ini wajib dicuba. Hidang sekarang untuk rasa sendiri keajaiban rasa tom yam dengan resipi MAGGI® goreng tomyam ini.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 2 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
8 min
1 min
5 min
Pause
Play
Restart Timer
Sotong
0
Daun Limau Purut
Udang
Cili Padi
Minyak Jagung
Air
Lobak Merah
Kobis Cina
Bunga Kobis