Something went wrong!!!
Mudah
17 Min
Kadang-kadang anda tentu selalu rasa buntu tak tahu apa yang nak dimakan! Nak makan hidangan berkuah seperti sup risau kalau cepat rasa lapar lepas makan. Nak makan mi segera biasa rasa kosong sangat pulak. Kan bagus kalau ada hidangan mi segera dengan rasa yang berbeza. Nah, ini resipi yang anda nantikan, MAGGI® Laksa Thai. MAGGI® Mi Kari 2 Minit kegemaran rakyat Malaysia dengan resipi istimewa Thai. Tahukah anda bahawa bahan-bahan dalam perencah MAGGI® terdiri daripada rempah-ratus sebenar yang memberi kelazatan asli? Berikan sajian seimbang ini buat keluarga tercinta! Nak hirup kuahnya yang pekat memikat selera hingga licin mangkuk pun silakan. Tambahan pula kandungan karbohidrat yang terdapat di dalam mi boleh membuatkan kita kenyang dan bertenaga.Nak hirup kuahnya yang pekat memikat selera hingga licin mangkuk pun silakan. Tambahan pula kandungan karbohidrat yang terdapat di dalam mi boleh membuatkan kita kenyang dan bertenaga. Tengok pada bahan-bahannya sahaja, kita tahu yang MAGGI® Laksa Thai ini memang spesial – dengan telur rebus, sayur-sayuran dan rempah ratus segar yang dapat menaikkan lagi rasa MAGGI® Kari 2 Minit anda, dari keenakan lemak sehingga rasa pedasnya yang padu. Yang paling penting, semuanya beres jika anda ada stok mi MAGGI® Kari 2 Minit di rumah. Cara-cara penyediaan MAGGI® Laksa Thai ini memang mudah sangat – masak sahaja kuah dengan bahan-bahan yang disenaraikan, rebus dan toskan mi dan akhir sekali tuangkan kuah yang panas ke atas mi. Tambahkan bahan-bahan sampingan untuk melazatkan MAGGI® Laksa Thai anda. Rasai mi yang kenyal sebati bersama kuah yang pekat. Kalau nal lagi ‘kick’ taburkan potongan cili padi ke dalam MAGGI® Laksa Thai anda. Resepi ini adalah untuk dua orang makan, tetapi ada boleh sesuaikan bahan-bahannya sesuai dengan saiz hidangan mengikut bilangan ahli keluarga anda. Kalau anda semua nak tahu, sebenarnya banyak lagi resipi lazat yang boleh anda cuba menggunakan MAGGI® Mi Kari 2 Minit selain daripada MAGGI® Laksa Thai ini, antaranya Mi MAGGI Kari Minang Negeri Sembilan, Mi MAGGI Kari Nyonya dan yang paling popular Mi MAGGI Goreng Kari Mamak. Anda cari saja di laman web MAGGI ini, tentu jumpa! Dimasak lama hingga pecah minyak, hirup segala nikmat kelazatan kuah kari bersama mi ekstra kenyal dalam setiap hirupan! Gabungan 12 rempah-ratus yang menjadikan MAGGI® Mi Kari 2 Minit ikon sajian Malaysia. Jom kita pelbagaikan rasa MAGGI® Kari 2 Minit yang dah sebati dalam kehidupan kita sejak bertahun-tahun lamanya!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 3 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
17 min
2 min
6 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer