Something went wrong!!!
Mudah
12 Min
Malam Tahun Baru Cina adalah malam di mana keluarga Cina akan berkumpul untuk makan besar bersama keluarga. Hidangan tradisional mereka sering dikaitkan dengan kesejahteraan, tuah dan keuntungan besar. Inilah masanya bermacam-macam hidangan lazat dihidangkan untuk keluarga. Di antara sajian utama yang dihidangkan semasa makan besar adalah ikan, dumpling, popia, bebola nasi manis, buah limau, kek beras pulut dan mi panjang umur. Seperti namanya, hidangan mi panjang umur ini merupakan simbolik kepada kebahagiaan dan umur yang panjang sejak Dinasti Han lagi. Selain Tahun Baru Cina, mi panjang umur atau ‘yi mein’ juga sering dihidangkan bersempena sambutan hari jadi. Cara makan mi panjang umur adalah anda perlu makan dari hujung ke hujung tanpa memutuskannya ketika makan, jika tidak, permintaan anda tidak akan tertunai. Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang umur, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru. Memandangkan tidak ada peraturan tentang mi jenis apa yang harus digunakan untuk hidangan mi panjang umur pada sambutan Tahun Baru Cina, MAGGI® membawakan kelainan yang boleh anda cuba untuk jamuan makan besar kali ini. Sajikan resipi mee tumis dengan MAGGI® Mi Goreng Selera Sejahtera yang seimbang dan mudah disediakan. Resipi mee tumis ini dilazatkan lagi dengan bahan-bahan segar seperti sotong, halia, minyak bijan, taugeh dan cili sweet Palermo serta daun bawang sebagai hiasan yang membuka selera. Menggunakkan MAGGI® 2-Minit Ayam dengan minya yang panjang dan kenyal, resipi mee tumis sememangnya sesuai sebagai hidangan mi panjang umur pada jamuan makan besar untuk Tahun Baru Cina kali ini. Rasai kelazatan daging ayam sebenar dalam resipi mee tumis yang juga menggunakan Perencah MAGGI® 2-Minit Ayam. Perencahnya juga diperbuat daripada gabungan herba dan rempah-ratus yang beraroma. MAGGI® 2-Minit yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia diperbuat daripada campuran gandum kasar Australia dan gandum putih premium Australia untuk tekstur dan kekenyalan mi yang diinginkan. Gandum merupakan sumber baik untuk protein yang diperlukan tubuh anda. Kemanisan sotong yang direbus membangkit rasa makanan laut yang segar. Selain resipi mee tumis ini, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi resipi istimewa yang dibawakan oleh MAGGI® sempena Tahun Baru Cina ini seperti Udang Merah Citarasa Mewah, Kerapu Kukus Nikmat Makmur, Kek Labu Kukus Lazat Keemasan dan Abalon Tiram Kaya Memikat. Resepi ini adalah untuk enam orang makan, tetapi ada boleh sesuaikan bahan-bahan selaras dengan saiz hidangan mengikut ahli keluarga yang meraikan Tahun Baru Cina di rumah anda. Sajikan resipi mee tumis yang lazat dan mudah disediakan ini untuk hidangan keluarga besar anda.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
12 min
2 min
4 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer