Something went wrong!!!
Mudah
17 Min
Perayaan Hari Raya Aidilfitri semestinya perayaan yang dinanti-nantikan umat Islam setiap tahun dan ianya sering disambut meriah walau di mana jua. Sajian makanan adalah elemen penting dalam sambutan hari raya. Tak lengkap raya kalau tiada hidangan untuk tetamu. Inilah harinya untuk kita merasai pelagai hidangan istimewa yang disajikan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah untuk berhari raya. Sama ada sajian tradisional atau kontemporari, semuanya boleh anda temui pada hari raya. Tidak kira di mana anda berada, menu hari raya yang disajikan ternyata cukup istimewa. Sajian wajib ada semasa hari raya termasuk lah lemang, ketupat dan rendang serta kuih-muih. Tapi untuk raya kali ini apa kata kita sajikan sedikit kelainan untuk keluarga dan tetamu dengan resipi MAGGI® Mi Udang Istimewa. Jika anda seorang yang gemar hidangan mi berkuah seperti mi kari, anda pasti suka resepi Mi Udang Istimewa ini. Resipi ringkas dan lazat ini begitu mudah disediakan, bahan-bahannya juga mudah didapati. Penyediaannya juga tidak begitu rumit. Jadi, pada pagi raya pun anda masih sempat menyediakannya. Apa kata orang tu, campak-campak jer…siap! Tapi yang penting, jangan lupa gunakan bahan-bahan segar dalam Mi Udang Istimewa anda untuk tambahkan kelazatannya. Menggunakan Mi MAGGI® Udang Pedas Utara dengan kombinasi cili, lada putih, lada hitam, udang, belacan, bawang putih dan bawang merah serta mi kenyal yang diadun daripada gandum Australia pasti memenuhi selera keluarga dan tetamu anda. Hidangkan Mi Udang Istimewa ini bersama telur rebus, tauhu goreng, sayur sawi dan hirisan cili merah untuk rasa yang benar-benar memikat. Anda juga boleh taburkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng dalam Mi Udang Istimewa anda. Jangan lupa tambahkan MAGGI® Pes Sambal Tumis yang diperbuat dengan bawang segar dan cili untuk memudah penyediaan dan mendapatkan rasa yang ‘kick’ dalam Mi Udang Istimewa anda. Untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat, likat dan memikat dengan rasa masam-masam pastikan anda masukkan Sos Tomato MAGGI®. Ramuan segar daripada udang juga dapat membangkitkan aroma dan rasa ‘manis-manis’ yang memenuhi selera. Sajian menyelerakan, lengkap, seimbang dan mudah disiapkan yang sesuai untuk hidangan hari raya. Resepi Mi Udang Istimewa ini pasti akan terpahat di hati sesiapa sahaja pada pada hari raya ini.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 7 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
17 min
1 min
3 min
5 min
4 min
Pause
Play
Restart Timer