Something went wrong!!!
Mudah
17 Min
Bersedia untuk gabungan yang lain daripada yang lain. Gabungan rasa tomyam pedas yang digemari ramai dengan rasa lemak krim klasik karbonara pasti menepati selera anda. Ikuti resepi Maggi Tomyam Kawbonara dan nikmati hidangan lazat ini sekarang! Jom kita lihat cara membuat hidangan lazat ini. Pertam sekali, tumis bawang kuning yang telah dipotong dadu dan bawang putih yang telah dihiris sehingga garing. Masukkan 2 tangkai cili api, 1 batang serai yang telah diketuk dan beberapa helai daun limau purut yang telah dikoyak. Kemudian, campurkan cendawan yang dipotong dadu dan 3 paket perisa MAGGI® Tomyam Kaw dan bahan sampingannya. Seterusnya, tambah satu setengah cawan Susu Nestlé UHT Krim Penuh dan setengah cawan krim masakan dan kacau hingga sebati. Sekarang masa untuk makanan laut. Masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan dan renehkan sehingga makanan laut masak. Kemudian, masukkan tomato ceri yang dipotong dua dan bayam muda. Siap sos Maggi Tomyam Karbonara, jom sediakan mi pula. Hanya rebus Maggi Mi selama 2 minit. Nikmati hidangan yang lazat dengan menuangkan sos ke atas dan tambahkan daun parsley sebagai hiasan. Suka resepi Maggi Tomyam Kawbonara ini? Lihat juga resepi lazat lain untuk ditambah pada pilihan menu anda seperti Ikan Goreng Dengan Jeruk Choy Sum, Resipi Sup Soto Ayam, dan Mi MAGGI Goreng Ayam Tuhau Sabah.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 5 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
17 min
1 min
2 min
4 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer