Masak Lemak Labu Pucuk Manis merupakan sejenis lauk yang lazat yang menggabungkan keenakkan buah labu dengan kemanisan sayur pucuk manis. Masakan unik ini menyajikan rasa dan tekstur yang lazat dan sempurna, menjadikannya hidangan kegemaran ramai.
Kuahnya yang berlemak adalah salah satu faktor yang menjadikan juadah ini kegemaran ramai. Ia juga sangat sesuai dinikmati bersama pelbagai lauk lain. Kombinasi labu dengan pucuk manis menghasilkan gabungan harmoni yang pasti memikat selera. Penuhkan meja makan anda dengan lauk Masak Lemak Labu Pucuk Manis ini dan nikmati hidangan yang lazat ini bersama-sama rakan dan keluarga.
Untuk menyediakan Masak Lemak Labu Pucuk Manis ini, langkah pertama adalah dengan mengisar bawang merah, bawang putih, buah keras dan sedikit air. Potong labu menjadi kiub besar dan rebus dalam air sehingga ia lembut. Seterusnya, masukkan adunan kisar bersama labu dan biar reneh. Kemudian masukkan santan, Kiub Ikan Bilis MAGGI®, MAGGI® CukupRasa™, cili merah hiris dan pucuk manis. Biarkan mendidih lagi sehingga pucuk manis masak. Siap sudah hidangan Masak Lemak Labu Pucuk Manis. Sangat mudah!
Seperti kebanyakkan masak Malaysia, juadah ini kebiasaanya dihidangkan bersama nasi putih. Ikuti resipi ini dan nikmati rasa asli hidangan Malaysia ini dalam keselesaan rumah anda. Masak sekarang! Lihat juga resipi enak lain seperti Mi MAGGI Goreng Sambal Hijau, Ayam Panggang Bersama Sos Cendawan dan Ikan Gulung Kukus Dengan Sos Abalone.
Read more
Read Less
Bahan-bahan
5
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 5 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: