Something went wrong!!!
Sederhana
35 Min
Hidangan masak lemak pucuk ubi merupakan satu hidangan klasik yang sangat popular di Malaysia. Rasa lembut daripada pucuk ubi kayu yang segar dengan gabungan rasa pedas sedap cili api dan rempah ratus yang kaya dengan perisa. Satu hidangan yang sempurna untuk dinikmati bersama ahli keluarga pada bila-bila masa. Mari kita lihat cara-cara untuk sediakan masak lemak pucuk ubi dengan resepi yang mudah ini! Mula-mula, potong dan kisarkan cili padi, kunyit hidup, bawang putih, dan bawang merah. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama 2 cawan air dan daun pucuk ubi yang telah dicelur. Seterusnya, masukkan udang sudah dikupas, 2 keping daun kunyit, dan 2 batang serai yang telah diketuk de dalam masakan. Gaul sehingga sebati dan renehkan gabungan bahan-bahan ini. Kemudian, masukkan 1 kiub MAGGI® Kiub Ikan Bilis dan 1 cawan santan ke dalam periuk dan renehkan sehingga mendidih. Sudah pun siap hidangan masak lemak pucuk ubi ini dan sedia untuk dihidangkan. Sangat senang, bukan? Enjoy dengan nasi putih panas-panas bersama ahli keluarga atau para tetamu. Cuba resepi masak lemak pucuk ubi yang mudah ini sekarang dan gabungkan dengan resepi-resepi mudah yang lain daripada MAGGI seperti Telur Bungkus, Ayam Masak Serai, atau Ayam Masak Merah. Cubalah resepi ini sekarang dan pelbagai lagi resipi MAGGI® yang memikat selera keluarga anda!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
35 min
5 min
10 min
15 min
Pause
Play
Restart Timer