Something went wrong!!!
Mudah
40 Min
Nasi beraroma ini memang sinonim dengan majlis keramaian dan kenduri-kendara. Nasi istimewa ini sudahpun menjadi kegemaran ramai untuk dijamu bersama-sama lauk-pauk seperti gulai ayam, rendang daging, sambal ayam masak merah dan sebagainya. Nasi beriyani memang selalu sangat dihidang untuk orang ramai kerana ia kaya dengan keenakan aroma rempah ratus yang dapat memenuhi selera rata-rata semua tetamu yang berkunjung. Sebagai juadah masakan di rumah, ramai lagi masih tak tahu cara-cara memasak nasi beriyani yang betul. Penganjur kenduri selalunya pesan sahaja juadah ini melalui servis katering sehingga memasak nasi beriyani ini kurang menjadi kebiasaan bagi orang ramai. Sebenarnya, anda sendiri boleh buat nasi beriyani di rumah untuk disajikan kepada tetamu. Lagi-lagi kalau anda cuba resipi nasi beriyani ini. Campuran rempah ratus nasi beriyani sememangnya boleh jadi rumit, tetapi dalam resipi nasi beriyani ini, anda akan guna MAGGI® Pes Perencah Nasi Beriyani sahaja untuk memudahkan penyediaan makanan anda. Tumis sahaja pes segera ini dengan ramuan asas yang mudah seperti bawang dan halia dengan minyak sapi. Beras basmathi pula disebatikan sekali dengan ramuan tumisan untuk rasa nasi beriyani yang enak dan menggiurkan. Hasil akhir nasi beriyani anda sudah pasti akan dapat membangkit selera tetamu yang bertandang di rumah. Selera keluarga anda juga dapat dipikat sebab nasi beriyani ini lagi sedap daripada kenduri.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
40 min
3 min
30 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer