Nasi dagang merupakan juadah utama yang sangat terkenal, terutama sekali di Pantai Timur Malaysia. Resepi Nasi Dagang yang kami kongsikan ini akan memberikan hasil hidangan yang terbaik dan sedap untuk dikongsi bersama, serta mempunyai rasa yang asli seperti di Terengganu dan Kelantan. Untuk hidangan kari, ikan tongkol akan dimasak dengan rempah ratus beraroma, serta dienakkan lagi dengan campuran yogurt NESTLÉ dan MAGGI® CukupRasa™ untuk hidangan kari yang melimpah-limpah dengan sensasi rasa yang lengkap dan lagi berlemak.
Sebelum kita mula, rendam beras Nasi Dagang yang telah dicuci selama 1 jam. Toskan dengan penapis dan masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan pula 600ml air bersama santan kelapa, halia, bawang putih dan biji halba ke dalam periuk nasi. Kacau bahan-bahan tersebut menggunakan senduk kayu dan biarkan sehingga nasi masak. Sementara nasi masak, kita dah boleh sambung sediakan Kari Ikan Tongkol dan juga Acar Jelatah. Untuk Kari Ikan Tongkol, panaskan minyak di dalam periuk.
Apabila sudah panas, masukkan bawang putih, halia, cili, daun kari dan juga herba campur serta goreng sehingga bau wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan serbuk cili dan kacau selama 1-2 minit sehingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan air asam jawa, NESTLÉ Natural Set Yogurt dan juga MAGGI® CukupRasa™. Kemudian masukkan ikan bersama bendi dan tomato. Akhir sekali masukkan 400ml air dan biarkan ia mendidih. Apabila kuah sudah mula mendidih, perlahankan api dengan segera dan biarkan ia mendidih selama 10 minit. Sediakan Nasi Dagang dengan keenakan Kari Ikan Tongkol yang menggiurkan. Pasti berselera!
Bagi menyediakan Acar Jelatah pula, mula-mula masukkan satu persatu bahan-bahan seperti cuka putih, MAGGI® CukupRasa™, gula, bijan dan akhir sekali ¼ cawan air di dalam satu mangkuk dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan lobak merah, timun, nenas, cili merah dan juga bawang merah yang telah dihiris dan kacau bersama bahan-bahan tadi. Acar Jelatah kini sudah siap. Biarkan selama 1 jam untuk membolehkan ia menyerap semua perisa atau biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk semalaman. Sudah siap untuk dihidang!
Read more
Read Less