Something went wrong!!!
20 Min
Lihat resepi hidangan sensasi yang pedas dan enak, Nasi Goreng Ikan Bilis Petai Berapi yang sering dinikmati oleh rakyat Malaysia. Masakan unik ini menggunakan petai iaitu satu bahan yang biasa digunakan dalam masakan Asia Tenggara. Dengan MAGGI® Pes Perencah Nasi Goreng Kampung, hidangan ini bukan sahaja penuh rasa, tetapi ia menjadi hidangan yang sangat mudah untuk disediakan. Jom ikuti resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Petai Berapi ini. Langkah pertama, goreng ikan bilis hingga garing. Langkah seterusnya, tumis hirisan dada ayam menggunakan minyak yang sama. Masukkan satu paket MAGGI® Pes Perencah Nasi Goreng Kampung dan tumis sebentar. Masukkan pula 2 biji telur dan setengah cawan petai dan gaul rata. Kemudian, masukkan nasi sejuk dan sayur-sayuran. Resipi ini menggunakan lobak merah, sayur sawi dan cili padi. Gaul dan masak sehingga sekata. Siap juadah enak ini. Hidangan pedas ini sedap dimakan ketika masih panas. Begitu ringkas dan mudah! Oleh itu, Nasi Goreng Ikan Bilis Petai Berapi yang sungguh lazat ini perlu dicuba. Dengan gabungan ikan bilis dan petai, hidangan ini mempamerkan kelainan dan keunikkan masakan Malaysia. Cuba juga resipi masakan Malaysia yang lain seperti Sayur Lemak Lodeh, Ikan Goreng Dengan Jeruk Choy Sum, dan Masak Lemak Pucuk Ubi.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
20 min
3 min
2 min
10 min
Pause
Play
Restart Timer