Something went wrong!!!
Mudah
20 Min
Nasi Goreng Kampung merupakan antara variasi masakan nasi yang boleh dijumpa di Malaysia. Ia merupakan juadah yang seringkali menjadi pilihan ramai disebabkan rasa nya yang sedap dan juga masa penyediaannya yang tidak terlalu lama. Nasi Goreng Kampung juga mudah untuk dijumpai dimana-mana gerai tempatan, namun setiap hidangan tersebut mempunyai rasa yang tersendiri, samada terlebih pedas atau mempunyai lagi banyak rempah. Nasi goreng kampung sesuai dimakan bersama apa-apa sahaja; seperti ikan bilis, telur mata goreng, keropok ikan, dan macam-macam lagi. Ia juga boleh dihidangkan bersama lauk-pauk seperti Ayam Kicap dan Rendang Ayam. Nasi Goreng Kampung ini juga amat versatil dan boleh diubah suai resepinya serba sedikit mengikut citarasa anda. Jika mahukan hidangan ini menjadi lebih pedas, boleh tambahkan cili padi. Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita lihat resepi Nasi Goreng Kampung yang enak dan pasti menjadi dibawakan khas oleh MAGGI®. Mula-mula sekali, pastikan anda mempunyai lengkap bahan-bahan yang diperlukan. Sediakan bawang putih, bawang kecil, ikan bilis (yang sudah direndam), dan juga cili padi, kemudian tumbukkan sehingga lumat. Panaskan pula minyak dan masukkan bawang putih, bawang kecil, ikan bilis, cili padi, serta tumis sehingga mempunyai aroma yang wangi. Masukkan pula ayam dan tumiskan sehingga bertukar warna. Selepas itu, masukkan nasi dan sayur kangkung, gaulkan sehingga rata. Taburkan pula MAGGI® CukupRasa™, dan gaul sehingga rata. Siap! Mudah sahaja kan? Selamat mencuba untuk anda semua dan jangan lupa untuk lihat lagi resepi-resepi lain daripada MAGGI®. Kami cadangkan anda untuk mencuba Resepi Nasi Ayam dan Nasi Dagang yang pasti menambat hati anda semua. Hanya dengan MAGGI®, apa-apa pun jadi.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
20 min
4 min
5 min
1 min
Pause
Play
Restart Timer
Bawang Putih
0
Minyak Jagung
Cili Padi
Bawang
Telur
MAGGI® CukupRasa™
Dada Ayam
Kangkung
Nasi (sejuk)