Something went wrong!!!
Mudah
27 Min
Sawadikap! Tahukah anda yang nasi goreng nenas yang sebenarnya berasal dari Thailand merupakan sejenis hidangan yang sangat unik dan lazat? Rasa masam-masam manis daripada nenas yang segar membuatkan nasi goreng nenas ini sangat enak dan memang sangat sesuai untuk dihidangkan pada waktu sarapan atau makan malam. Cubalah resepi nasi goreng nenas yang mudah dan menyelarakan ini! Sediakan bahan-bahan terlebih dahulu dan panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan sebiji bawang holland yang telah dipotong dadu bersama 5 ulas bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau yang wangi. Selepas itu, masukkan MAGGI® Pes Sambal Tumis dan sebatang serai ke dalam tumisan tadi. Kacaukan sehingga sebati. Kemudian, masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan ke dalam kuali dan kacau rata. Masukkan 3 cawan nasi putih sejuk bersama 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™ dan setengah sudu serbuk kunyit ke dalam kuali. Gaul dengan rata dan pastikan nasi putih bercampur rata dengan bahan-bahan yang lain. Setelah itu, masukkan lobak merah yang telah pun dihiris, dan satu suku cawan kacang pea. Jangan lupa juga untuk masukkan nenas yang telah dipotong dadu ke dalam masakan dan gaulkan bahan-bahan tadi dengan rata sehingga masak. Nasi goreng nenas siap untuk dimakan! Sangat senang, kan? Hidangkan nasi goreng nenas ini bersama timun dan salad untuk melazatkan lagi masakan ini. Confirm sedap! Hidangan yang mudah disediakan dan lazat dinikmati bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Jangan lupa untuk cuba masak resepi-resepi yang lain daripada MAGGI® seperti Nasi Goreng Tom Yam, Nasi Goreng Pattaya, dan Nasi Goreng Seafood. Anda pasti akan jumpa macam-macam lagi resipi MAGGI® yang menarik dan menyelerakan. Jom masak!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
27 min
2 min
3 min
5 min
10 min
Pause
Play
Restart Timer