Something went wrong!!!
Sederhana
22 Min
Nasi goreng merupakan hidangan simple, lazat dan mempunyai pelbagai variasi. Salah satu variasi tersebut adalah Nasi Goreng Serai. Suatu juadah beraroma enak dan menyelerakan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa kerana ia mudah untuk dimasak. Serai merupakan bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan Asia terutamanya di Asia Tenggara. Ia digunakan bukan saja untuk aromanya yang wangi, tetapi serai juga mempunyai banyak manfaat kesihatan. Antara manfaat tersebut ialah antibakteria, anti-radang dan membantu sistem penghadaman. Selain itu, serai kaya dengan antioksidan, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi daripada penyakit kronik. Apabila digabungkan dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang dan ulam raja, nasi dan protein seperti ayam dan ikan bilis, nasi goreng serai menjadi hidangan yang sihat dan berkhasiat. Seperti kebanyakan resipi nasi goreng, ia mudah saja untuk dimasak. Hanya tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Kemudian, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sebungkus MAGGI® Pes Sambal Tumis dan serai yang dihiris nipis. Seterusnya, masukkan dada ayam yang dihiris nipis dan tumis sehingga separuh masak dan gaulkan nasi putih, kacang panjang yang dihiris dan sedikit MAGGI® CukupRasa™ untuk perasa. Kacau dan gaul rata bagi memastikan nasi disaluti dengan segala kelazatan sehingga semuanya masak. Anda juga boleh menambah daun selom, ulam raja dan hirisan cili merah di atas apabila dihidangkan. Nikmati rasa aromatik hidangan Nasi Goreng Serai yang lazat dengan mengikuti resipi mudah ini. Lihat juga resepi enak lain seperti Resipi Nasi Briyani Daging & Kekacang, Nasi Goreng Paprika, dan Ayam Goreng Berempah.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 5 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
22 min
4 min
5 min
3 min
Pause
Play
Restart Timer