Something went wrong!!!
Sederhana
98 Min
Sajian nasi kerabu sangat terkenal di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Nasi kerabu adalah sajian nasi yang biasanya berwarna kebiruan dan dimakan dengan ikan kering, ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman. Terdapat pelbagai versi nasi kerabu ayam mengikut warnanya. Ada nasi kerabu kuning, nasi kerabu putih, nasi kerabu hitam dan yang paling popular nasi kerabu biru. Untuk mendapatkan warna kebiruan, kelopak bunga telang digunakan sebagai bahan nasi kerabu. Sememangnya nasi kerabu ayam ini kegemaran ramai pada bulan Ramadan. Dihidangkan dengan variasi ulam segar, sajian ini mempunyai kandungan serat yang tinggi serta dapat membantu sistem penghadaman terutamanya ketika berpuasa. Tetapi ia juga sesuai dihidangkan ketika hari raya. Sesetengah tetamu lebih menggemari nasi sebagai hidangan pada hari raya. Bagi masyarakat di sebelah pantai timur, hidangan nasi nasi kerabu sememangnya menu wajib dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah untuk berhari raya. Jadi, sempena menyambut hari raya tahun ini, MAGGI® membawakan anda resipi Nasi Kerabu Ayam Percik. Sajikan kelainan dalam hidangan hari raya anda dengan Nasi Kerabu Ayam Percik. Dengan warna nasinya yang menarik disajikan dengan ulam-ulaman segar, Nasi Kerabu Ayam Percik pastinya menjadi tumpuan hari raya ini. Ayam percik yang digoreng lembut dengan sedikit minyak memberikan kerangupan dalam setiap suapan. Untuk membuat ayam percik, gaul sebati ayam dan MAGGI® Pes Perapan Ayam Percik baharu dan santan. Perapkan semalaman atau satu jam. Untuk menyediakan nasinya nasi, masukkan beras bersama pewarna biru atau bunga telang, daun limau purut, serai dan MAGGI® Cukup Rasa ke dalam periuk nasi dan biarkan ia masak dengan sempurna. Jangan lupa untuk menyediakan sambalnya. Serikan hari raya anda dengan sajian Nasi Kerabu Ayam Percik, warisan tradisi yang digemari ramai.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
98 min
15 min
5 min
3 min
60 min
Pause
Play
Restart Timer