Something went wrong!!!
Sederhana
40 Min
Bila pasangan muda ditanya “Bila nak hidang nasi minyak?”, maksudnya mereka mahu mendengar berita gembira untuk pasangan tersebut—atau dalam erti kata lain, “Bila nak kahwin?”. Nasi minyak sememangnya sejenis makanan yang sinonim dengan kenduri dan sambutan. Ia enak dimakan bersama ayam masak merah, rendang, dan acar. Walaupun ia bukan sesuatu yang selalu dihidang di hari-hari biasa, dengan resipi nasi minyak yang bagus, anda boleh makan seperti pengantin bila-bila masa! Mungkin nasi minyak selalu nampak ‘grand’ bila dihidang di buffet hotel atau di bawah hiasan khemah cantik, tetapi sebenarnya, nak masak nasi minyak bukannya susah! Bahan-bahan yang diperlukan semuanya mudah didapati di pasaraya terdekat anda seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kacang gajus. Beras yang digunakan untuk resipi ini ialah beras basmathi, yang lebih sesuai dengan lauk berlemak seperti rendang. Jangan lupa untuk tambah Kiub Pati Ayam MAGGI® untuk perisa yang lebih sedap! Cuba resipi nasi minyak kami di bawah, dan anda boleh menjamu selera sama seperti raja sehari di hari sambutan istimewa mereka.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
40 min
5 min
3 min
2 min
20 min
Pause
Play
Restart Timer
Kayu Manis
0
Minyak Jagung
Minyak Sapi
Bawang Merah
Halia
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga
Beras Basmathi
Kiub Pati Ayam MAGGI®
Daun Pandan
Air
Kacang Gajus Panggang
Kismis