Something went wrong!!!
Sederhana
43 Min
Hidangan dengan udang sememangnya boleh membuatkan makan malam anda menjadi lebih istimewa. Udang semestinya telah menjadi makanan laut pilihan ramai, lagi-lagi jika dibuat masakan yang enak dan popular pada zaman ini, seperti udang mentega goreng. Kebelakangan ini, memang ada macam-macam jenis resipi udang mentega yang telah memikat selera ramai orang Malaysia. Ada udang mentega yang digoreng kering ditabur dengan gorengan telur yang rangup dan garing serta diharumkan lagi dengan aroma daun kari. Ada juga udang mentega yang dihidang basah lengkap dengan sos kuning keemasan yang enak digaul dengan nasi panas. Tetapi dalam resipi udang mentega kali ini, udang anda akan diberi kelazatan lemak-lemak rangup dengan tambahan NESTUM yang memberikan kekayaan rasa manis savuri kepada juadah ini. Penyediaan udang untuk digoreng juga memang mudah dan ringkas. Gaul sahaja udang anda dengan MAGGI® CukupRasa™ sebagai bahan perapan yang sempoi sebelum digoreng untuk hasil yang sempurna. Walaupun lauk ini ada rasa manis-manis, penggemar pedas juga akan berpuas hati kerana udang yang digoreng rangup ini juga ditumis bersama rempah ratus beraroma seperti bawang putih dan cili padi untuk rasa kick yang mengancam. Gabungan pelbagai rasa dalam resipi udang mentega ini semestinya akan memikat deria rasa anda. Lepas cuba sekali, anda mesti nak lagi!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
43 min
15 min
8 min
10 min
5 min
Pause
Play
Restart Timer