Something went wrong!!!
32 Min
Otak-Otak adalah hidangan lazat yang mempunyai keharmonian ikan, herba aromatik dan rempah ratus, dan dibalut dengan daun pisang dan dimasak dengan sempurna. Resipi ini bagaimanapun, menggunakan MAGGI 2 Minit Asam Laksa untuk menghasilkan juadah lazat dan memberi kelainan kepada resepi otak-otak yang klasik. Jom cuba sekarang! Dengan resipi mudah ini, anda boleh masak hidangan lazat ini di rumah sendiri! Mulakan dengan mendidihkan 2 paket MAGGI 2 Minit Asam Laksa tanpa perasa selama seminit dan tapiskan airnya. Kemudian, kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, serai, halia, lengkuas, isi ikan tenggiri dan 2 biji telur sehingga halus. Seterusnya, masukkan separuh daripada mi MAGGI yang telah direbus tadi dan teruskan kisar sehingga menjadi halus. Pindahkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan baki mi MAGGI dan daun kesum, juga dikenali sebagai daun laksa. Langkah seterusnya adalah untuk ambil daun pisang dan cedok 2 sudu besar bancuhan otak-otak ke dalam daun tersebut dan balut kemas. Akhir sekali, kukus bungkusan tersebut dalam kuali leper selama 15 hingga 20 minit dan sedia untuk dihidangkan. Tingkatkan kemahiran memasak anda sambil kagumkan tetamu anda dengan hidangan Otak-otak MAGGI Asam Laksa yang menakjubkan ini. Suka resepi ini? Dapatkan resepi lazat lain seperti Ayam Kuzi Molek Che Siti, Ayam Panggang Bersos Lada Hitam Ringkas dan Terung Dayak Rebus.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
32 min
1 min
4 min
2 min
10 min
15 min
Pause
Play
Restart Timer