Something went wrong!!!
Mudah
15 Min
Hidangan terbaik untuk anda bersantai di hujung minggu di depan TV bersama-sama orang yang tersayang. Jika anda mahu berehat bersama-sama keluarga setelah seharian bekerja, satu hidangan pizza sudah tentu dapat memberi kegembiraan yang berharga kepada orang yang tersayang kerana hidangan ini dapat memenuhi selera semua. Tapi menunggu pizza boleh memakan masa yang banyak jika anda membuat pesanan di atas talian. Jangan risau, kerana anda kini boleh buat pizza sendiri di rumah sahaja! resipi pizza kami boleh menyediakan hidangan yang sedia tersaji hanya dalam masa 15 minit. Bahan-bahan yang diperlukan memang mudah sekali. Jika bahan yang diperlukan tidak ada di dapur anda, sudah pasti ia boleh dibeli di mana-mana kedai runcit berhampiran. Anda hanya perlukan keju, sosej, tomato, dan roti pita untuk pizza ini. Gunakan sos tomato MAGGI® sebagai sos sapuan di atas roti pizza. Setelah taburan keju dibuat di atas pizza anda, bakar selama 10 minit sahaja untuk pizza yang rangup keemasan. Rasa keju cair bergabung dengan masam manis sos tomato memang gerenti dapat memuaskan hati anda. Resipi senang tapi rasa ori macam makan di restoran Itali! Cuba sendiri resipi pizza ini di rumah jika anda masih sangsi.
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 4 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
15 min
1 min
10 min
Pause
Play
Restart Timer
Roti Pita / Adunan Pizza
0
Sos Tomato MAGGI®
Sosej Ayam
Tomato
Keju Diparut