Something went wrong!!!
Sederhana
92 Min
Bila cerita sahaja pasal rendang, suasana riuh meriah kampung halaman pasti akan terngiang-ngiang di fikiran kita semua. Resepi rendang daging menjadi sangat sinonim dengan perayaan mulia tersebut sehingga menjadikan sajian yang sangat istimewa untuk dihidangkan pada hari-hari biasa. Ramuan-ramuan seperti serai, bawang putih, bawang merah, lengkuas, dan kunyit hidup dikisar dengan air sehingga menjadi pes halus. Pes ini kemudiannya ditumis dengan minyak bersama daging sehingga jusnya melimpah keluar bersama ramuan yang ditumis. Dengan tambahan MAGGI® CukupRasa™, rendang daging anda akan mendapat sentuhan keenakan yang sempurna. Dengan cara semudah ini, anda terus dapat menjamu selera dengan sepinggan rendang daging yang lazat dimakan dengan nasi impit atau mana-mana cara kesukaan anda. Secara khususnya, kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, serai, cili padi hijau, cili hijau bersama air sehingga halus. Kemudian, panaskan periuk, masukkan daging serta bahan-bahan halus yang telah dikisar tadi. Masak daging dengan api yang perlahan sehingga daging bertukar warna dan mengeluarkan jus. Selepas itu, tuangkan santan, gula melaka, asam keping dan renehkan semua sekali, kemudian gaulkan sehingga sebati. Apabila sudah agak-agak sebati, masukkan pula bahan hiris serai, sedikit daun kunyit dan daun limau purut lalu biar ia masak sehingga agak kering. Barulah masukkan kerisik dan MAGGI® CukupRasa™. Sesudah siap, dah boleh hiaskan dengan hirisan daun kunyit yang selebihnya dan hidangkan diatas pinggan. Mudah sahaja kan? Anda juga boleh rujuk sini untuk mencuba resepi Rendang Ayam sebagai juadah perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lain. Selamat mencuba!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 10 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
92 min
5 min
30 min
20 min
2 min
Pause
Play
Restart Timer