Dalam kesibukan bazaar Ramadan ataupun tapak gerai penjaja makanan, ramai orang akan berpusu-pusu untuk beratur membeli juadah ini. Membawa pulang juadah ini untuk dijamah bersama orang yang tersayang memang sudah jadi kegemaran rakyat Malaysia, panas-panas dalam bungkusan yang tersedia dijamu di rumah. Setiap lapisan masyarakat daripada yang muda hingga ke dewasa memang menggilai hidangan sempoi ini, lengkap dengan keenakan rasa telur dan daging dilimpahi dengan sos-sos manis pedas untuk rasa yang lazat tak terhingga.
Apa lagi juadah ini kalau bukan roti john kegemaran rakyat Malaysia? Ada banyak spekulasi tentang asal usul nama roti panjang ini, tetapi satu sumber ada menyatakan bahawa gelaran ‘john’ itu berasal daripada panggilan umum orang British kepada mana-mana orang lelaki. Tentera British pada zaman dahulu akan memanggil mana-mana penjaja makanan dengan gelaran john, lagi-lagi jika nama orang tempatan itu sukar disebut oleh mereka. Nama itu kemudiannya melekat sehingga itulah gelaran makanan ini sampai sekarang.
Apa-apa sekalipun, roti john ini memang sedap di makan dan mudah disediakan di rumah sahaja. Tak perlu lagi beratur di bazaar penjaja makanan dengan resipi roti john ini. Pukul sahaja telur bersama-sama perencah MAGGI® CukupRasa™ untuk sentuhan rasa sempurna. Campuran telur itu ditambah pula dengan daging atau isi ayam pilihan anda, dan digoreng di atas periuk leper panas. Lepas adunan telur sudahpun masak, letakkan sahaja roti bersama bahan lain sebelum diterbalikkan sebagai langkah akhir. Hidang dengan sos cili dan mayonis keluaran MAGGI® untuk melengkapkan juadah ini dengan rasa lemak manis pedas yang menjadi kegemaran ramai.
Buat sahaja di rumah dengan resipi roti john ini! Tak perlu lagi anda pening kepala untuk menikmati hidangan ini dengan hasil yang sama macam beli di luar.
Read more
Read Less
Bahan-bahan
6
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 6 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Burger Buns
6keping
Mentega
1tbsp
Minyak Masak
2tsp
Bawang Besar
1
Bawang Putih
4cloves
Ayam Cincang
400g
Serbuk Kari
1tbsp
MAGGI® CukupRasa™
1tsp
Telur
6
MAGGI® CukupRasa™
2tsp
Kobis Bulat
100g
Lobak Merah
2Smalls
Mayonis
4tbsp
Sos Cili MAGGI®
6tbsp
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
X
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Carbohydrates
37.38 g
Energy
397.89 kcal
Fats
16.22 g
Protein
25.21 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
10 min
1 min
3 min
1 min
1 min
2 min
2 min
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Sapukan mentega di roti yang dipotong 2. Ketepikan
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ayam cincang sehingga wangi. Masukkan rempah kari dan 1 sudu kecil MAGGI CukupRasa. Tumis sehingga kering.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Pecahkan telur, gaulkan rata dengan 1 sudu besar MAGGI CukupRasa.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Campurkan adunan telur dan ayam cincang yang telah dimasak dan disejukkan.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Tuangkan adunan telur di atas periuk leper yang panas dan letakkan roti diatas adunan berikut. Tekan roti supaya adunan telur melekat.
Pause
Play
Restart Timer
Recipe steps
10 min
Mulakan Pemasa
Selepas 1-2 minit, terbalikkan untuk memasak dipermukkan roti. Ketepikkan dan taburkkan sayur kobis dan lobak merah. Letakkan Sos Cili Maggi dan mayonis.