Something went wrong!!!
Mudah
12 Min
Kita semua tahu yang sambal sotong ni sangat popular di Malaysia. Tapi tahukah anda hidangan sambal sotong yang unik dan lazat sebenarnya sangat mudah untuk disediakan? Mari kita lihat langkah-langkah untuk masak masakan yang disukai ramai ini dengan bantuan resepi daripada MAGGI. Pertama sekali, panaskan minyak masak di dalam kuali atau periuk. Tumiskan 2 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih yang dikisar sehingga kewangian dapat dibau. Selepas itu, masukkan MAGGI® Pes Sambal Tumis ke dalam masakan bersama 2 batang serai dan sambung tumisan tersebut. Kemudian, masukkan sotong yang telah dipotong bulat bersama 1 sudu besar jus asam jawa dan 2 sudu besar gula. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga rata. Tambahkan hirisan bulat bawang Holland ke dalam periuk dan gaulkan sehingga bawang layu. Masakkan sehingga sotong empuk. Jika sambal terlalu kering, tambahkan air dan gaul lagi. Sudah siap! Sambal sotong ini sangat senang untuk disediakan dan sangat puas hati disajikan dengan nasi panas-panas. Boleh juga hidangkan pada hari-hari istimewa. Mesti semua suka! Tetamu atau ahli keluarga pasti akan terkesima dengan aroma wangi sambal sotong ini. Memang akan membuka selera. Jangan lupa untuk hidangkan masakan daripada resepi ini dengan resepi-resepi lazat dan mudah yang lain daripada MAGGI seperti Sayur Campur dengan MAGGI CukupRasa, Kailan Udang Bakar, dan juga Sup Ikan. Cubalah resipi ini hari ini dan pelbagai lagi resipi MAGGI® yang pastinya digemari oleh keluarga anda!
Read more
Read Less
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 8 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan: Di sini
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutrition Table Footer
12 min
2 min
3 min
5 min
Pause
Play
Restart Timer