Dengan MAGGI® Pes Sambal Tumis, anda boleh menikmati hidangan Sambal Tumis Udang yang gerenti menjadi! MAGGI® Pes Sambal Tumis diperbuat daripada bahan-bahan yang terpilih seperti bawang dan cili segar. Pes sambal yang senang ‘pecah minyak’ memudahkan lagi proses memasak dan dapur pun tak senang kotor. Hanya perlu tumiskan MAGGI® Pes Sambal Tumis dan masukkan bahan segar seperti udang, air asam jawa dan sedikit gula sahaja. Jom cuba sekarang!
Trend makanan kini memang tak sah kalau tak ada rasa kepedasan. Ibarat kepedasan itu satu kenikmatan dalam satu juadah lengkap hidangan. Apa yang lagi menarik, kini pelbagai kaum dan bangsa seantero dunia turut gemari makanan yang pedas-pedas. Makanan pedas terutamanya sambal memang tak lari dengan citarasa orang Malaysia. Tanpa sambal, tak sempurna lah sesuatu hidangan semasa menjamu selera. Sambal Tumis Udang, konfem sedap dihidang bersama nasi lemak! Makan dengan nasi putih pun sesuai. Tak kisahlah untuk hidangan sarapan, makanan tengah hari atau makan malam, Sambal Tumis Udang memang sesuai sekali sebagai juadah buat seisi keluarga.
Namun begitu, penyediaannya memang rumit. Nak menyiapkan bahan segar dan rempah ratus, anda akan keletihan di dapur selepas seharian bekerja kerana ia mengambil masa yang banyak. Pada masa yang sama, proses pecak minyak juga merupakan satu langkah yang sangat penting dalam penyediaan sambal yang sedap dan sempurna. Tanpa proses pecah minyak yang betul, sambal akan terasa mentah dan kemungkinan menyebabkan sakit perut. Langkah inilah yang menjadi masalah kerana ramai yang masih menghadapi kesukaran untuk menumis sehingga sambal betul-betul pecah minyak disebabkan ia memerlukan kombinasi kuantiti minyak, masa menumis dan kadar sambal yang betul.
Mujur dengan MAGGI® Pes Sambal Tumis, anda boleh menikmati hidangan Sambal Tumis Udang yang gerenti menjadi. Solusi kepada semua masalah ada sudah tersedia dalam 1 pek ini! Tak perlu bersusah payah lagi nak memotong bawang, cili dan buat segala penyediaan yang rumit di dapur. MAGGI® Pes Sambal Tumis diperbuat daripada bahan-bahan yang terpilih seperti bawang dan cili segar. Sebab tu rasa sambal autentik macam buat sendiri di rumah. Pes sambal yang senang ‘pecah minyak’ memudahkan lagi proses memasak dan dapur pun kurang lah kotoran selepas memasak. Hebatkan? Tak perlu lagi nak bersihkan dapur lepas berkecah mengerjakan bahan-bahan asas. Hanya perlu tumiskan MAGGI® Pes Sambal Tumis dan masukkan bahan segar, terus menjadi!
1 Pes Sambal, Pelbagai Masakan! Selain hidangan Sambal Tumis Udang, MAGGI® Pes Sambal Tumis serbaguna ini juga boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai jenis masakan sambal kegemaran rakyat Malaysia yang lain seperti seperti Asam Pedas, Sambal Sotong, Ayam Masak Merah dan menu minum petang seperti Popia Sira Sambal. Memang kena cuba kerana hanya dengan 1 pek pes sambal ini, anda mempunyai banyak pilihan untuk mempelbagaikan masakan harian dari yang ringkas sehinggalah hidangan unik yang kompleks. Oleh itu, pastikan anda sentiasa simpan stok MAGGI® Pes Sambal Tumis di rumah untuk membantu menyediakan hidangan lazat dengan cepat, mudah dan gerenti menjadi! Jangan lupa untuk mendapatkan MAGGI® Pes Sambal Tumis di pasar raya berdekatan! Akhir kata, pecah kaca pecah minyak, jom beli MAGGI® Pes Sambal Tumis banyak-banyak! Cubalah MAGGI® Pes Sambal Tumis ini, gerenti masakan menjadi dan pasti digemari oleh keluarga yang tersayang
Read more
Read Less