Raikan Tahun Baru Cina dengan Sup Ayam Tuah Berpanjangan yang lazat dan sihat. Masakan ini bukan saja memikat selera tetapi juga penuh nutrisi yang baik untuk kesihatan. Sesuai untuk dinikmati bersama insan tersayang pada bila-bila masa terutamanya pada sambutan Tahun Baru.
Sup Ayam Tuah Berpanjangan mengandungi bahan-bahan seperti buah goji, kurma merah, herba huaishan, herba dang shen dan juga timun laut yang mempunyai kebaikan tersendiri. Gabungkan bahan-bahan ini untuk menghasilkan sebuah sup yang sangat bernutrisi. Mulakan tahun baru anda dengan Sup Ayam Tuah Berpanjangan.
Untuk menyediakan sajian lazat ini, mulakan dengan mendidih air di dalam periuk dan mencelurkan seekor ayam kampung sehingga kulit ayam menjadi masak. Kemudian keluarkan ayam dan ketepikan. Masukkan 4 liter air, timun laut yang telah dibersihkan, kurma merah yang telah dibelah dua, buah goji, herba dang shen dan herba huaishan. Masukkan semula ayam yang telah dicelur dan didihkan. Seterusnya, kecilkan api dan biar reneh selama 2 jam. Akhir sekali, masukkan 5 MAGGI® Kiub pati Ayam dan gaul. Siaplah sup anda. Begitu mudah sekali!
Nikmati kelembutan ayam bersama timun laut dalam sup yang penuh perisa yang unik dari pelbagai herba dan buah yang digunakan. Ia pasti meriahkan hari anda. Cubalah resepi Sup Ayam Tuah Berpanjangan ini!
Read more
Read Less
Bahan-bahan
15
Hidangan ini telah dioptimumkan untuk 15 hidangan. Kuantiti dan masa mungkin perlu dipelbagaikan. Di sini anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai ukuran bahagian yang disesuaikan:
ingredient_quantity
recipe ingredient
Ayam Kampung
1
Gamat
400g
Kurma Merah
10
Goji Berries
30g
Biji, Lotus Biji, Mentah
20g
Huai Shan
30g
Air
4L
Kiub Pati Ayam MAGGI®
5cubes
Utensils and appliances
Tip dan petua
5 petua & tip terbaik kami untuk saiz bahagian yang disesuaikan.
Nutritional Information
Nutrition Table Footer
Karbohidrat
6.57 g
Tenaga
178.73 kcal
Lemak
8.9 g
Protein
18.17 g
Nutrition Table Footer
Recipe steps
150 min
5 min
15 min
120 min
10 min
Recipe steps
150 min
Didihkan air. Celur ayam sehingga kulit menjadi masak. Keluarkan.
Recipe steps
150 min
Masukkan 4 liter air bersih bersama timun laut, kurma merah, goji, herba dang shen, herba huaishan dan ayam kampung kedalam periuk. Didihkan.
Recipe steps
150 min
Kecilkan api. Reneh selama 2 jam.
Recipe steps
150 min
Masukkan MAGGI® Kiub pati Ayam. Gaul rata. Sedia untuk dihidang.